'Kumpul barang berharga, dokumen'
PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menasihatkan penduduk di kawasan berisiko banjir mengumpulkan barangan berharga dan dokumen penting sekiranya perlu berpindah ke tempat selamat.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata pusat pemindahan mangsa banjir sudah ditetapkan dan operasi menyelamat dapat dibuat dengan lebih pantas jika mangsa banjir melakukan persiapan awal.
"Kita sedia maklum keadaan cuaca sekarang tapi saya harap orang ramai tidak panik kerana ini adalah fenomena biasa mengikut ramalan cuaca, November hingga Januari adalah musim monsun.
"Jangan panik kerana pasukan penyelamat sentiasa sedia membantu.
"Segala aspek kebajikan dan makan minum akan dijaga oleh pasukan bertugas di pusat pemindahan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Seminar Kebangsaan Taman Permainan Kanak-Kanak 2017 di sini, hari ini.
Perasmian disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek, bagi pihak menterinya, Tan Sri Noh Omar.
Wan Mohd Nor berkata, seramai 12,000 anggota bomba dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi banjir.
"Prosedur operasi standard (SOP) berkaitan banjir sering disemak dan arahan pembekuan cuti (bagi anggota
bomba) akan dikeluarkan mengikut keperluan.
"Tumpuan diberi kepada kawasan pantai timur kerana kalau mengikut ramalan cuaca, gelombang kedua banjir ini lebih kepada pantai timur dan selatan, Sabah serta Sarawak," katanya.
Sumber 'Kumpul barang berharga, dokumen'
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zIE8k2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment