Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemuzik Ireland pulangkan anugerah bantah Suu Kyi abai Rohingya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemuzik Ireland pulangkan anugerah bantah Suu Kyi abai Rohingya

Foto Reuters
DUBLIN: Aktivis anti kemiskinan dan pemuzik dari Ireland, Bob Geldof memulangkan anugerah “Freedom of the City of Dublin” semalam sebagai bantahan terhadap pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi yang tidak menghalang kekejaman ke atas etnik Rohingya.

Lebih 600,000 umat Islam dari Rakhine melarikan diri ke kem pelarian di Bangladesh, selepas operasi tentera yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai penghapusan etnik untuk membalas serangan militan Rohingya.

Penindasan ke atas Rohingya itu mencetuskan kemarahan masyarakat dunia yang menggesa penganjur menarik balik Anugerah Keamanan Nobel yang dimenangi Suu Kyi pada 1991 kerana beliau tidak menyelar tindakan tentera Myanmar.
Advertisement

“Saya orang Dublin yang sangat bangga (dengan bandar ini), tetapi tidak boleh terus menjadi salah seorang penerima penghormatan hebat ini tanpa rasa bersalah, dengan Aung San Suu Kyi turut berada dalam senarai itu.

“Pendek kata, saya tidak mahu ada sebarang kaitan dengan seorang individu yang kini terbabit dalam penghapusan etnik Rohingya secara besar-besaran di barat laut Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Suu Kyi yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia sebelum ini, diletakkan di bawah tahanan rumah ketika beliau diberikan “Freedom of the City of Dublin” pada 1999 dan menerima anugerah itu dalam sebuah majlis terbuka di Ireland pada 2012, 2 tahun selepas beliau dibebaskan.

Bulan lalu, bandar Oxford di England melucutkan anugerah yang diberikan kepada bekas graduan itu.

Warga asing lain yang pernah menerima anugerah “Freedom of Dublin” yang diwujudkan pada 1876, termasuk John F Kennedy, Nelson Mandela dan Mikhail Gorbachev.

Geldof, bekas penyanyi untuk Boomtown Rats, diberikan anugerah itu pada 2005 sebagai pengiktirafan terhadap kerja amalnya termasuk menganjurkan konsert “Live Aid” pada 1985 yang mencapai anggaran 1.5 bilion orang dan berusaha meningkatkan profil individu kelaparan dan penyakit di Ethiopia.

“Kaitannya dengan bandar kami memalukan kami dan kita tidak patut ada kaitan dengannya. Kami menghormatinya, kini beliau mengejutkan dan memalukan kami,” kata Geldof.

“Sebaik sahaja beliau dilucutkan daripada anugerah ‘Dublin Freedom’, mungkin majlis itu boleh mempertimbangkan untuk mengembalikan anugerah itu kepada saya yang amat saya banggakan. Jika tidak, biarkan sahaja. Sila terima isyarat kecil ini dan kesedihan yang mengiringinya.” - Reuters



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zWh4Bp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.