Isu perlembagaan PPBM: Shahruddin beri keterangan 3 jam
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, hari ini hadir memberi keterangan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Ketika ditemui pemberita selepas tiga jam proses berkenaan, beliau berkata, kehadirannya untuk memberi keterangan susulan beberapa bahagian PPBM di Johor membuat aduan kepada ROS berhubung beberapa perkara.
Katanya, beliau memberi kerjasama penuh dengan mengemukakan segala bukti dan maklumat yang diperlukan jabatan itu.
"Segala soalan berkaitan soal perlembagaan dan saya cuba jawab sejelas mungkin segala tindakan dan keputusan yang sudah kita ambil berdasarkan perlembagaan PPBM," katanya.
Ia susulan lapan bahagian PPBM di Johor membuat laporan kepada ROS berhubung kegagalan kepemimpinan tertinggi parti berkenaan mematuhi perlembagaan PPBM.
Antaranya, kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.
Beliau turut menyatakan kesediaan untuk disoal siasat ROS lagi selepas ini sekiranya diperlukan, tetapi buat masa sekarang meminta semua pihak bertenang kerana segala-galanya masih dalam siasatan.
Sumber Isu perlembagaan PPBM: Shahruddin beri keterangan 3 jam
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zWNRGL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment