Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita mahu ikut Syamel balik hotel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita mahu ikut Syamel balik hotel

SHAH ALAM: Penyanyi Syamel berkongsi pengalaman mendebarkan apabila digoda seorang wanita ketika menyertai festival muzik, ABU TV Song Festival 2017 di Chengdu, China pada 1 November lalu.

Syamel mengaku sangat terkejut apabila wanita yang dipercayai terbabit dengan penganjuran festival berkenaan, berani menawarkan diri mengikutnya pulang ke hotel.

"Pada mulanya, saya fikir wanita itu hanya bergurau apabila memberitahu dia mahu mengikut saya pulang ke hotel.

"Melihat dia begitu bersungguh-sungguh, saya jadi takut. Enggan terjebak selain pemergian saya ke China membawa nama Malaysia, saya menolak dengan baik permintaan wanita itu," katanya kepada BH Online.

Syamel yang popular dengan lagu Hidup Dalam Mati memberitahu, insiden malangnya di Chengdu bermula apabila bagasinya hilang dalam perjalanan.

Berikutan itu, Syamel tinggal sehelai sepinggang selama dua hari.

"Paniklah kerana semua pakaian dalam bagasi itu. Selama dua hari, saya tak tukar baju. Saya cuma tukar pakaian dalam saja, itu pun saya menyimpannya dalam beg sandang.

"Disebabkan itulah, saya tak muat naik sebarang foto selama dua hari di Chengdu. Saya tak mahu orang tahu saya tak tukar baju," katanya sambil ketawa.

Mengenai kejayaan dua lagu ciptaannya layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32, Februari depan, bekas naib juara Akademi Fantasia (AF) 2015 ini bersyukur dengan rezeki dikurniakan.

"Walaupun ada yang meramalkan lagu saya sekadar 50-50 untuk berjaya ke AJL, tapi saya tak mahu jadikan ia sebagai sesuatu yang melemahkan semangat.

"Saya buat sehabis baik untuk kedua-dua lagu itu. Bukanlah nak kata kejayaan ini mampu mengubati kekecewaan, tetapi bolehlah bagi saya senyum," katanya.

Dua lagu ciptaan Syamel yang berjaya ke AJL32 ialah Lebih Sempurna serta sebuah lagu duet bersama-sama Ernie Zakri berjudul Aku Cinta.



Sumber Wanita mahu ikut Syamel balik hotel

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jpwTta

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.