Hi! Welcome Back and Stay Tune! Struktur parit tidak dinaik taraf burukkan banjir Pulau Pinang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Struktur parit tidak dinaik taraf burukkan banjir Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Struktur parit dan saliran yang tidak dinaik taraf seiring dengan pembangunan sesuatu kawasan menyebabkan saliran itu gagal menampung kapasiti hujan yang banyak di Pulau Pinang baru-baru ini.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pembangunan yang rancak selepas tahun 2008 telah memusnahkan ekosistem dan ekologi di negeri itu.

Tegasnya, banjir yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini diburukkan lagi dengan pembangunan di cerun atau lereng bukit serta penambakan laut.

"Infrastruktur parit dan saliran ini perlu dinaik taraf dengan sewajarnya. Pengurusan kawasan tadahan hujan perlu diambil kira kerana pembangunan mengurangkan keupayaan tanah untuk menyerap air. Ini menyebabkan air larian bertambah.

"Dalam keadaan banjir baru-baru ini, air turun bersama selut.. airnya berwarna kuning. Inilah akibat pemotongan bukit," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) yang meminta penjelasan punca banjir besar berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini walaupun terdapat elemen hujan lebat yang luar biasa dan fenomena air pasang di negeri itu.

Sehingga 7 Nov lepas, Shahidan berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu adalah seramai 7,680 melibatkan 1,722 keluarga yang ditempatkan di 71 pusat pemindahan.

Dalam pada itu, katanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengagihkan bantuan wang ihsan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri itu selepas menerima senarai nama mangsa daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zCvsOV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.