Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penduduk Kampung Dihebohkan Dengan Kejadian Pelik, Jenazah Dalam Kubur Tiba-tiba Muncul ke Permukaan Tanah. Rupa-rupanya.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penduduk Kampung Dihebohkan Dengan Kejadian Pelik, Jenazah Dalam Kubur Tiba-tiba Muncul ke Permukaan Tanah. Rupa-rupanya..


Penduduk tempatan digemparkan dengan penemuan satu jenazah yang timbul ke permukaan tanah di sebuah kawasan perkuburan. Kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Jawi Luar, Daerah Pontianak Barat itu kemudiannya menjadi buah mulut ramai.

Menurut penduduk kampung berkenaan, jenazah yang masih lengkap dengan kain kapan itu ditemui oleh pemotong rumput di kawasan perkuburan terbabit pada pukul 12 tengah hari, Isnin lalu.

Pemotong rumput tersebut kemudiannya melaporkan perkara berkenaan kepada Ketua Kampung, sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa tempatan.


Pihak keluarga jenazah malang berkenaan kemudiannya datang ke lokasi kejadian bersama-sama pihak Polis. Penduduk kampung juga turut memenuhi kawasan berkenaan untuk melihat sendiri kejadian yang berlaku.


Menurut Ketua Polis Daerah Pontianak Barat, Kompol Bermawis, jenazah berkenaan disyaki timbul semula akibat dari keadaan kawasan perkuburan tersebut yang dilimpahi air. Keadaan air laut yang pasang juga dikatakan menjadi punca tekanan air meningkat didalam tanah sehingga menyebabkan kejadian berkenaan.
Bagi mengelakkan cerita-cerita yang kurang enak berlegar dikalangan penduduk kampung, pihak Polis kemudiannya mengarahkan jenazah tersebut dikebumikan semula di tempat yang baru.

Jenazah terbabit disahkan sebagai Asna yang berumur 64 tahun dari kampung berkenaan yang telah meninggal dunia akibat dari sakit tua.


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jojnGu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.