Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Wanita Tidak Memilih, Lelaki Idam Pucuk Muda' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Wanita Tidak Memilih, Lelaki Idam Pucuk Muda'




Sifat unggul kewanitaan Timur yang tidak mempedulikan status kekayaan bakal suami meskipun wanita berkenaan berpangkat dan berharta dirakam dalam khazanah cerita rakyat dan dongeng Malayo-Polinesia.

Hal itu dibuktikan oleh Pensyarah Kanan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Dunia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ikhlas Abdul Hadi menerusi kajiannya terhadap cerita rakyat rantau ini.

Bagaimanapun dalam konteks psikologi lelaki pula, Ikhlas berkata, wataknya akan tetap akan memilih wanita muda yang jelita sebagai calon isteri.

Ikhlas berkata, hampir 50 peratus daripada cerita dongeng masyarakat Malayo-Polinesia mengangkat tema pencarian pasangan hidup.

Beliau yang membentangkan kertas kerja, Folktales, Evolution and Women: Investigation Stories of Womanhood in the Malay Archipelago berkata, kajiannya mengumpulkan 100 cerita rakyat yang watak protagonisnya adalah wanita.

"Sebenarnya tidak banyak cerita dongeng yang mengangkat wanita sebagai watak utamanya meskipun wanita membentuk hampir 50 peratus populasi dunia," katanya pada Seminar Pengajian Gender di Universiti Malaya (UM) di sini.

Ikhlas berkata, hal itu sebenarnya berlaku dalam hampir semua masyarakat di seluruh dunia termasuk masyarakat Malayo-Polinesia yang merangkumi Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Dalam sesi yang dipengerusikan oleh Dr Alicia Izharuddin itu, Ikhlas memetik hanya lima cerita rakyat untuk dikongsi dengan khalayak, iaitu Bakul Terbesar di Dunia, Puteri Kemang, Puteri Gunung Ledang, Boru Toba Najungkat dan Hadiah Terbaik.

"Daripada lima cerita itu, apa yang boleh disimpulkan kebanyakan tema adalah mengenai mencari teman hidup diikuti dengan tema peranan wanita dalam keluarga.

"Namun dalam pandangan yang lebih besar, hampir 90 peratus cerita rakyat ini bertemakan hal yang berkaitan dengan reproduktif," katanya.

Dalam kajian itulah dapat disimpulkan, apabila tiba persoalan mencari pasangan hidup wanita akan memilih lelaki yang lebih berusia dan berharta.

Bagaimanapun wanita yang berharta dan berpangkat tidak akan menjadikan hal itu sebagai faktor utama seperti dalam cerita rakyat, Hadiah Terbaik yang memperlihatkan puteri raja memilih tukang kayu sebagai calon suami.

"Bagaimanapun lelaki akan memilih wanita yang muda dan jelita sebagai isteri misalnya dalam kisah Puteri Gunung Ledang.

"Dalam kisah itu, seorang sultan sanggup mengerah anak dara menangis untuk memenuhkan tujuh tempayan dengan air mata malah hampir membunuh anak sendiri untuk mendapatkan semangkuk darahnya.

"Hal ini semata-mata untuk memenuhi tuntutan syarat peminangan Puteri Gunung Ledang.

Baginda tidak meneruskan niat membunuh anaknya hanya apabila Puteri Gunung Ledang muncul dan menyebut tidak akan mengahwini lelaki yang sanggup membunuh anaknya sendiri," katanya.

Bagaimanapun, tegas Ikhlas, terdapat juga sebahagian kecil daripada tema cerita rakyat itu menyentuh mengenai perubahan keutamaan matlamat kehidupan wanita.

"Cerita rakyat sebenarnya adalah fenomena unik dalam masyarakat di seluruh dunia.

"Ia adalah rakaman ketakutan dan keinginan manusia. Justeru sifatnya itu memungkinkan ia terus beredar dari satu generasi ke generasi yang lain," katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mogoyJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.