Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alvin Chong ikut jejak Fazura - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alvin Chong ikut jejak Fazura



KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Alvin Chong, pernah berazam untuk menguruskan sendiri kerjaya seninya, namun akur memerlukan pihak lain membantu beliau apabila mengambil keputusan bernaung di bawah pengurusan 360 milik Universal Music.

Artis berusia 26 tahun ini, yang popular dengan drama Suri Hati Mr Pilot, yakin syarikat pengurusan berkenaan mampu mengukuhkan lagi namanya dalam industri hiburan.

Anak jati Pulau Pinang itu menjadi artis kedua berada di bawah pengurusan terbabit, selepas Nur Fazura.

Menurut Alvin, kontrak yang ditandatanganinya bukan saja membolehkan pihak berkenaan menguruskan beliau sebagai penyanyi, tetapi juga bagi mengendalikan segala urusan kerjaya seninya, termasuk kontrak sebagai duta dan hal berkaitan.

"Sejak beberapa tahun lalu, saya pernah memberitahu diri sendiri, takkan menandatangani mana-mana kontrak bersama syarikat pengurusan kerana mampu melakukannya sendiri. Namun, sejak akhir-akhir ini, jadual saya semakin padat dan ia berlaku dengan begitu pantas.

"Saya sedar hanya mampu melakukan beberapa perkara dalam satu-satu masa. Universal Music pula datang tepat pada waktunya. Mereka menunjukkan potensi untuk saya melangkah dengan lebih jauh.

"Saya percaya, dengan langkah yang diambil itu, kerjaya saya akan melonjak ke peringkat seterusnya, Lebih penting, kami berada dalam visi yang sama, iaitu mahu melebarkan pasaran saya ke luar negara dan membuatkan Malaysia bangga," katanya.

Sebagai permulaan, Alvin melancarkan single baharu berjudul Mencintaimu. Lagu berkenaan menyaksikan dirinya bekerjasama dengan artis baharu, Sid Murshid, yang juga artis syarikat rakaman berkenaan.

Mencintaimu turut menjadi antara lagu runut bunyi drama bersiri, Coffee Prince, lakonan Fattah Amin dan Janna Nick.-BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Bg1i58

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.