“Saya Seperti Diganggu” - Liza Hanim
Terasa seperti diganggu. (Pic: Aishah Aziz)
Entah apa yang tidak kena, apabila Liza Hanim bagaikan hilang punca kala menyampaikan lagu Lelaki Teragung pada konsert kelima Gegar Vaganza 4 (GV4) lalu.
Peluang bertemu dengan penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu digunakan oleh Rojak Daily Kaw! bagi bertanya sendiri kepada tuan punya diri mengenai perkara itu.
"Saya akui saya seperti hilang fokus dan hanya menyanyi tanpa sebarang perasaan.
"Jujurnya saya rasa seperti diganggu," katanya.
Dia bagaimanapun, melahirkan rasa lega apabila dirinya mampu beraksi dengan kemas dan berada di kedudukan pertama selepas berakhirnya konsert peringkat suku akhir pertandingan Gegar Vaganza musim keempat Ahad lalu.
Dia berkata dirinya bersyukur kepada Allah akhirnya dia mampu kembali memberikan persaingan dan beraksi dengan lebih baik.
"Syukur saya sudah lega dan dapat memberikan fokus ketika membuat persembahan dan saya tidak lagi berdepan dengan situasi yang merisaukan minggu lalu.
"Saya sendiri sukar untuk mengerti apa yang terjadi pada saya yang hilang fokus," katanya.
Liza berkata dirinya enggan berfikir yang bukan-bukan, sebaliknya berdoa kepada Tuhan dan melakukan tanggungjawab yang sepatutnya.
Bagi penyanyi ini yang sudah tiga kali berada pada kedudukan nombor satu sepanjang pertandingan itu, dia percaya semuanya adalah rezeki Allah.
"Saya bersyukur tetapi sebenarnya berdebar kerana bila kita berada di nombor satu harapan dan jangkaan orang sangat tinggi sehingga ada kalanya tertekan.
"Bagi saya, setiap minggu tidak ada alasan untuk saya tidak berusaha memberikan yang terbaik. Saya tahu ini adalah pertandingan,"katanya.
Sumber “Saya Seperti Diganggu” - Liza Hanim
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2k96Kf2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment