Jamal ‘mengamuk’ bawa tukul ke PWTC: “Kenapa ‘double standard’? Kalau saya…semalam cakap, hari ni dah kena tahan”
Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat kecoh apabila Datuk Seri Jamal Md Yunos ‘mengamuk’ sambil membawa tukul besar.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang berbaju Melayu hijau, lengkap bersamping dan songkok itu hadir bersama para penyokongnya membawa dua potongan kadbod menyerupai bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Ia sebagai simbolik kepada bantahan terhadap ahli DAP tersebut yang didakwa mengeluarkan kenyataan mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, baru-baru ini.
Jamal berkata, Sultan Selangor hanya memberi pandangan terhadap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari lalu tetapi Zaid telah mengguris hati baginda.
Ketua kumpulan baju merah itu turut mempersoalkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana lambat mengambil tindakan terhadap Zaid.
“Kenapa ‘double standard’? Kalau saya…semalam cakap, hari ni dah kena tahan,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Jamal turut memberi amaran kepada polis dan SKMM supaya segera mengambil tindakan terhadap Zaid.
“Kalau polis dan SKMM tak ambil sebarang tindakan selewat-lewatnya esok (Sabtu) saya sendiri akan buru Zaid. Saya tahu dia di mana, saya tahu rumah dia di mana,” katanya.
Jamal dan kumpulan penyokongnya kemudian berarak di sekitar ruang legar PWTC dengan membawa dua kadbod yang tertera tulisan ‘pengkhianat, kurang ajar, biadab…’ dan meminta orang ramai ‘melepaskan kemarahan’ pada plakad berkenaan.
Dalam pada itu, Jamal turut mempersoalkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan barisan pentadbirannya yang hanya berdiam diri berhubung dakwaan Zaid.
“Mana Azmin Ali dan exco kerajaan negeri. Kenapa tak kutuk tindakan yang dibuat Zaid?.
“Azmin sebagai menteri besar sepatutnya mempertahankan Sultan Selangor,” soal Jamal.
Rabu lalu, Jamal bertindak membakar dua potongan kadbod yang menyerupai Zaid di luar perkarangan PWTC.
Zaid menerusi akaun Twitternya pada Selasa lalu mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lainnya menegur Dr Mahathir, berhubung kenyataan menghina Bugis.
Sumber: Mstar
Sumber Jamal ‘mengamuk’ bawa tukul ke PWTC: “Kenapa ‘double standard’? Kalau saya…semalam cakap, hari ni dah kena tahan”
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iGw2AO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment