Lupakan Alipay, Adakah Anda Bersedia Dengan TaPay?
Buat masa ini TaPay hanya akan beroperasi di Cyberjaya saja. (Gambar: TaPay)
Faktor pemodenan ini juga menjadikan Cyberjaya dipilih sebagai bandar pertama yang menggunakan aplikasi dompet elektronik (e-dompet) terbaru yang dikenali sebagai TaPay.
Penggunaan 'cashless' seperti e-dompet ini kini mencuri tumpuan ramai pengguna. Namun, apakah sebenarnya TaPay ini dan adakah ia mampu menyaingi AliPay?
SASAR 100,000 INPUT
Secara umumnya, TaPay merupakan sebuah kaedah pembayaran secara ‘cashless’ yang dihasilkan dengan kerjasama beberapa pihak di negara ini. Penggunaan TaPay ini akan membabitkan input berterusan daripada 100,00 perniaga, penduduk, institusi pendidikan.
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, sebagai permulaan ia akan dijalankan bersama peruncit dan restoran terpilih dalam tempoh sebulan.
Kaedah ini kemudian akan diperluaskan ke Lembah Klang dan mungkin diperkembangkan ke seluruh negara dan negara ASEAN.
Jelasnya, walaupun menjadi satu tugas yang sukar untuk berdiri setanding dengan Alibaba, tidak mustahil bagi Malaysia untuk menguasai pasaran ASEAN seperti Indonesia, Filipina dan Thailand, melalui perkhidmatan e-dompet, TaPay.
"Saya berharap inisiatif ini memberi hasil dengan lebih banyak peruncit dan restoran di Cyberjaya menyertainya,” katanya.
MASIH PERINGKAT PERMULAAN
Menurut laporan Astro Awani, menjelang tahun 2020, kerajaan turut berharap dapat mengurangkan kebergantungan terhadap transaksi tunai atau kepada 63 peratus daripada jumlah urus niaga.
Mekanisma ini sekali gus meningkatkan bilangan urus niaga e-pembayaran per kapita kepada 200 transaksi.
“Kaedah Alipay yang akan menjadi satu lagi pilihan pembayaran di negara ini menjelang tahun depan, oleh itu pemikiran baharu perlu diwujudkan dalam kalangan rakyat,” katanya.
Untuk makluman, TaPay merupakan kerjasama antara Fullrich Malaysia Sdn Bhd iaitu syarikat perkhidmatan teknologi kewangan (FinTech) bersama Cyberview Sdn Bhd dan Affin Bank Group.
Ketika ini TaPay masih diuji dan Cyberjaya menjadi perintis untuk menggunakan aplikasi ini. TaPay akan dilancarkan secara rasmi selepas semua proses termasuk kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) diperoleh.
Persoalannya, adakah anda sudah bersedia untuk TaPay atau lebih gemar sistem 'barter'?
Sumber Lupakan Alipay, Adakah Anda Bersedia Dengan TaPay?
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BT8hOq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment