Pergi 'Jahanam Amerika, Trump'
RATUSAN ribu umat Islam di seluruh dunia menyertai bantahan tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, sambil melaungkan slogan anti-Amerika, termasuk ‘jahanam Amerika’, ‘jahanam Trump’.
Bantahan diadakan banyak negara, termasuk Malaysia, Indonesia, Tunisia, Jordan dan di Palestin sendiri.
Ketika sekutu rapat Amerika, termasuk Eropah dan Britain menyertai Russia membantah tindakan Presiden Donlad Trump itu, puluhan penduduk Palestin cedera ditembak, sama ada oleh peluru getah atau peluru hidup ketika bertempur dengan polis dan tentera Israel.
Di Kuala Lumpur, ribuan umat Islam melaungkan slogan anti-Amerika, membakar patung dan poster Trump ketika berarak dan berkumpul di depan Kedutaan Amerika.
Di Indonesia, ribuan penunjuk perasaan berpakaian putih berkumpul di depan Kedutaan Amerika di Jakarta sambil mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan ‘Allahu Akbar’.
Kedutaan Amerika di negara itu menasihatkan rakyatnya mengelak pergi ke kawasan tunjuk perasaan manakala konsulatnya di Surabaya ditutup hari ini.
Ribuan umat Islam di Tunisia juga keluar ke jalan raya menyertai bantahan di beberapa bandar besar dengan kesatuan sekerja dan beberapa pertubuhan menganjurkan bantahan besar di Tunis selepas solat Jumaat. - Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B1ZqfJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment