Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Minta Sogok RM5,000 Punya Pasal, 2 Koperal Polis Direman”. Wanita Buat Laporan SPRM Selepas Dipaksa Bayar Wang Sogokan Agar Terlepas Dari Tindakan Tuduhan Berkhalwat.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Minta Sogok RM5,000 Punya Pasal, 2 Koperal Polis Direman”. Wanita Buat Laporan SPRM Selepas Dipaksa Bayar Wang Sogokan Agar Terlepas Dari Tindakan Tuduhan Berkhalwat..

SEORANG daripada anggota polis yang didakwa meminta suapan dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu. - Foto Mohd Izham Unnip Abdullah

KOTA KINABALU: Dua anggota polis direman enam hari hingga Rabu depan, selepas ditahan berhubung kes meminta suapan lapor Berita harian.

Mereka disyaki meminta rasuah RM5,000 daripada sepasang kekasih yang berkhalwat dalam kereta pada 3 Disember lalu.


Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan reman difailkan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Faliq Basiruddin di Mahkamah Majistret, di sini, pagi tadi.

Kedua-dua suspek berumur 39 tahun dan berpangkat koperal itu ditahan pada jam 4.30 petang semalam, susulan aduan yang dibuat mangsa, kelmarin.


Difahamkan, pengadu iaitu seorang wanita dan pasangannya yang menaiki kereta dihampiri suspek ketika berhenti di kawasan letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 8.45 malam, 3 Disember lalu.

Kedua-dua suspek dikatakan masuk ke kereta mangsa dan meminta wang sebanyak RM5,000 dipercayai untuk melepaskan pasangan berkenaan daripada diambil tindakan kerana berkhalwat.


Pengadu kemudian meminta bantuan rakannya untuk mendapatkan wang membayar suspek, namun hanya RM1,000 diperolehi sebelum diserahkan kepada seorang daripada suspek terbabit.Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM kerana meminta dan menerima rasuah.

Sumber: Berita harian


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BW4gbR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.