Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kami Sekeluarga Reda Dengan Hanya Sempat ‘Dipinjamkan’ Allah Selama 55 Hari.” Baru Sehari Di Taska, Bayi Usia 55 Hari Meninggal Dunia Selepas Hidungnya Berdarah Ketika Tidur.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kami Sekeluarga Reda Dengan Hanya Sempat ‘Dipinjamkan’ Allah Selama 55 Hari.” Baru Sehari Di Taska, Bayi Usia 55 Hari Meninggal Dunia Selepas Hidungnya Berdarah Ketika Tidur..



Shah Alam: “Walaupun tidak tahu punca sebenar kematiannya, kami sekeluarga reda dengan hanya sempat ‘dipinjamkan’ Allah selama 55 hari,” kata Mohd Shazwan Mohd Yusoff, 34 lapor Harian Metro.

Anaknya, Muhammad Rais Hafiy Mohd Shazwan meninggal dunia selepas hidungnya berdarah ketika tidur di sebuah taska di Seksyen 7 di sini, Selasa lalu.


Mohd Shazwan berkata, ketika kejadian dia dan isterinya baru pulang dari tempat kerja dan mahu mengambil dua lagi anak mereka iaitu Muhammad Raziq Hanan, 3, dan Muhammad Rais Hafiy, kira-kira jam 6 petang.

“Melihat hidung Rais berdarah ketika tidur dan tidak sedarkan diri, kami segera membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Namun, Allah lebih menyayanginya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia sekeluarga masih terkejut kerana bayi itu baru sehari dihantar ke pusat jagaan berkenaan.

“Pada malam kejadian, isteri (Nurul Ashikin Ahmad Rithauddin, 29) hanya tidur sejam berikutan terlalu bimbang dan berasa tidak sedap hati untuk menghantar Rais ke taska.

“Namun, isteri perlu berada di pejabat berikutan menguruskan kerja yang tertanggung ketika cuti berpantang sebelum ini,” katanya.


Kata Mohd Shazwan, dia tidak menyalahkan taska itu berikutan laporan bedah siasat menunjukkan tiada kesan lebam atau kecederaan.

“Bagaimanapun, kami perlu menunggu keputusan sampel hasil ujian yang sudah dihantar ke makmal untuk mengenalpasti punca kematian.

“Doktor memaklumkan ia akan diperoleh dalam tempoh sebulan dan kami kini tidak boleh menuding jari kepada sesiapa,” katanya.


Jenazah Allahyarham disembahyangkan selepas Zuhur di Masjid Ar-Rayyan, Seksyen 7 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih dijalankan pihaknya.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2k8PtTm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.