Bekas Pengetua Madrasah Didakwa Buat Kelucahan Melampau
Pengetua seharusnya menjadi contoh yang baik bukan saja kepada guru-guru lain, tetapi juga kepada para pelajar agar mereka dapat menghormati tenaga pengajar yang berkorban penat lelah demi mencurahkan ilmu kepada mereka.
Namun, seorang bekas pengetua madrasah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap dua orang pelajar lelakinya di sebuah rumah.
BACA: Pengetua Pusat Tahfiz Dituduh Songlap Duit
Lelaki berusia 35 tahun itu dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya semalam.
Menurut pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan tidak senonoh itu terhadap empat pelajar lelaki madrasah berusia 14 tahun hingga 16 tahun pada Jun dan Ogos 2016 di sebuah rumah di Tawau.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Muhammad Fitri Wan Azizan dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Berikutan itu, Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dan harus lapor diri setiap bulan kepada pegawai penyiasat serta tak boleh mendekati saksi atau mangsa.
Oleh itu, mahkamah menetapkan tarikh 14 Disember untuk sebutan semula kes ini serta lantikan peguam.
Guru yang sepatutnya menjadi pelindung untuk pelajar tidak seharusnya bertindak mengikut perasaan kerana ia akan merosakkan kepercayaan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
ARTIKEL BERKAITAN:
Anak Mati, Organ Dalaman Hilang?
19 Pelajar UPNM Tak Mengaku Bunuh
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kDDkJV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment