Badan Juruwang Putus 2 Dirempuh 4x4
Juruwang wanita, 23, mati dalam keadaan mengerikan apabila badannya terputus dua akibat dirempuh pacuan empat roda ketika melintas di Jalan Lintas, berhampiran Iramanis, dekat Kota Kinabalu, hari ini.
Pada kejadian 6.56 pagi, Jenny Lai, 23, disahkan mati di lokasi manakala pemandu pacuan empat roda dipercayai melarikan diri.
Untuk rekod, kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berhampiran.
Kejadian berlaku ketika mangsa melintas jalan untuk ke tempat kerjanya di sebuah stesen minyak berhampiran.
Pada masa sama, pacuan empat roda putih yang datang dari Bukit Padang ke Iramanis gagal mengelak mangsa kerana jaraknya terlalu dekat.
Akibat rempuhan, mangsa tercampak di tepi jalan sebelum terhempas ke sebatang pokok menyebabkan badannya terputus dua.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) untuk bedah siasat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BVK5Lm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment