Kenali Ciri-Ciri Musang King Dengan Betul
Oleh kerana longgokan durian yang banyak sempena musim durian, ada peniaga durian mengambil kesempatan menjual durian jenis lain tetapi mengatakan ianya durian jenis Musang King.
Berikutan itu, kami senaraikan beberapa ciri untuk panduan anda kenali Musang King dengan betul supaya tidak ditipu penjual durian.
BACA: Musang King Dijual RM30 Sekilo Di Sentul
1. Bentuk durian
Menurut Jelajah Maya, bentuk fizikal Musang King ialah ianya berbentuk bujur seperti bola ragbi dan ada juga berbentuk seperti buah pinggang.
2. “Tapak sulaiman”
Selain itu, bentuk bawah pangkal durian Musang King pula pasti akan ada tanda seperti tapak sulaiman atau durian.
3. Isi bentuk kucing tidur
Malah, isi durian juga berbentuk seakan posisi seekor kucing sedang tidur. Kerana itu, Musang King dipanggil Mao Shan Wang yang bermasud raja kucing gunung oleh penduduk Cina tempatan.
4. Rasa berlemak
Penggemar Musang King pasti tahu keenakan isinya yang berlemak itu menjadi kegilaan mereka serta biji durian lebih kecil dari biasa.
5. Bentuk tangkai
Bentuk tangkai juga berbeza daripada durian lain kerana tangkai Musang King lebih besar dan pangkal tangkai tidak berduri.
Diharap anda semua dapat membezakan Musang King dengan durian lain supaya tidak tertipu dengan helah peniaga. Sedikit ilmu mengenai Musang King mungkin dapat menyelamatkan anda daripada rugi berpuluh atau beratus ringgit.
ARTIKEL BERKAITAN:
5 Fakta Tentang Musang King Yang Bakal Jadi Durian Diraja
Pelancong Sanggup Datang Mencari Musang King Hingga Ke Bentong
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan 6 Jenis Durian Dalam Masa 2 Jam?
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j6S4km
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment