Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aspirasi TN50 dikongsi dalam pelayaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aspirasi TN50 dikongsi dalam pelayaran

PUTRAJAYA: Peserta Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) dari Malaysia mengadakan perkongsian aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama belia negara lain yang menyertai pelayaran itu.

Ketua Kumpulan Antarabangsa (Malaysia), Lidyawati Hamzah, berkata perkongsian aspirasi TN50 dibincang bersama belia dari negara lain untuk menyatakan hasrat belia Malaysia bagi jangka panjang.

"Kita mahu mendapatkan maklumat rakan belia dari negara lain mengenai hasrat negara mereka dalam

pembangunan belia yang boleh dijadikan contoh belia negara ini.

"Sepanjang 52 hari pelayaran ini, pelbagai aktiviti turut diselitkan termasuk pembentangan yang dikendalikan fasilitator berpengalaman untuk perkongsian ilmu," katanya selepas majlis penyerahan peserta SSEAYP kepada keluarga angkat di sini, hari ini.

Seramai 350 peserta dari 11 negara Asia Tenggara dan Jepun menyertai pelayaran mengelilingi Asia Tenggara dan Jepun bermula 23 Oktober lalu dan dijadual berakhir 13 Disember ini.

Terdahulu, majlis penyerahan kepada keluarga angkat disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Nik Abdul Kadir Nik Mohammad.

Lidyawati berkata, peserta turut singgah di beberapa negara Asia Tenggara untuk merasai suasana tinggal bersama keluarga angkat dan mengadakan lawatan ke pusat pengajian terpilih, selain mengadakan pembentangan mengenai Hari Kemerdekaan negara peserta.

"Cabaran utama sepanjang pelayaran ini ialah tiada jaringan komunikasi luar dengan ahli keluarga dan saudara-mara.

"Golongan belia seperti kami amat memerlukan internet dalam urusan kehidupan seharian, namun kami akur dengan cabaran ini dan hanya dapat menggunakan internet apabila tiba di negara disinggahi," katanya.

Peserta dari Jepun, Tatsuya Watanabe, 23, teruja untuk datang ke Malaysia kerana ingin mengenali budaya rakyat negara ini.

Perkara pertama yang akan diminta dengan keluarga angkatnya ialah menikmati masakan pedas kerana mengetahui Malaysia terkenal dengan makanannya.

"Jepun mempunyai 38 peserta dalam program ini dan kami harap ia diteruskan kerana banyak ilmu diperoleh melalui program ini," katanya.



Sumber Aspirasi TN50 dikongsi dalam pelayaran

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AwTwmz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.