Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Mepatenkan Lagi Rekaan Peranti Dengan Skrin Sisi Melengkung Sepenuhnya Hingga Ke Belakang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Mepatenkan Lagi Rekaan Peranti Dengan Skrin Sisi Melengkung Sepenuhnya Hingga Ke Belakang

Rekaan terhangat tahun ini ialah skrin nirbingkai dengan nisbah skrin 18:9. Ini ialah rekaan yang dianggap terkini dan perlu digunakan. Tetapi Samsung mungkin mempunyai idea lain tentang rekaan skrin yang mungkin akan digunakan di masa hadapan. Paten terkini yang mereka failkan ialah skrin dengan sisi yang melengkung sepenuhnya hingga ke belakang.

Dengan rekaan ini, notifikasi masih boleh dilihat oleh pengguna walaupun jika peranti diletakkan terbalik di atas meja. Turut dipatenkan ialah proses pengilangan skrin yang unik ini. Ini sebenarnya bukan kali pertama Samsung mempatenkan rekaan seperti ini. Pada tahun 2015, rekaan yang sama telah difailkan oleh mereka tetapi tanpa proses pengilangan.

Tidak diketahui sama ada rekaan ini akan digunakan pada peranti sebenar. Yang pasti Samsung kini diuara-uarkan bakal melancarkan peranti dengan skrin boleh lipat Galaxy X yang telah dibangunkan sejak beberapa tahun yang lalu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nkAISc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.