Wanji terus berkarya
Walaupun Wanji Aswandi 39, sudah tidak lagi bersama Handy Black sejak 2002, bekas vokalis kumpulan itu terus gagah mengatur langkahnya dalam industri muzik tanah air.
Tanpa publisiti meluas sebagaimana yang diterimanya dulu, Wanji sebenarnya masih teguh berdiri sambil terus berkarya.
Selepas membawa haluan sendiri, Wanji mengisi ruang dan masanya selama dua tahun setengah mendalami ilmu teater di Akademi Seni Nusantara di Jogjakarta, Indonesia.
“Selepas kembali ke tanah air, saya berlakon drama dan menjadi jurulatih aksi lagak ngeri untuk beberapa filem seperti Bunohan, KL Gangster 2 dan Psiko Pencuri Hati.
“Saya mahu menghimpunkan mereka yang berminat dalam dunia seni, tetapi tiada tempat sesuai berkongsi karya mereka dengan orang ramai. Jadi, saya buka pusat Seni Suri Jawi di Kota Damansara. Di situlah saya sendiri turut melangsungkan kerjaya seni saya bersama band baru iaitu Jawi.
“Seni Suri Jawi menyediakan platform untuk anak muda menzahirkan karya mereka. Di situlah terletaknya kebebasan mereka untuk menyanyi, bermain muzik, melukis, melantunkan puisi dan syair mereka. Ia juga menjadi medan pertemuan saya dengan rakan artis,” katanya.
Atas dorongan rakan artis Amirul Affendi pada 2013, Wanji menerbitkan buku yang menceritakan mengenai perjalanan, pengalaman dan pembelajarannya di Jogjakarta yang berjudul Mahar Ke Syurga. Buku itu kemudiannya diterbitkan bekas vokalis kumpulan Belantara, Zaid Yusof.
“Apabila Amirul terus menghayati karangan yang terpahat dalam buku itu, timbul pula ilham supaya saya menghasilkan lagu yang berkonsepkan ketuhanan berdasarkan penceritaan dalam buku itu. Akhirnya terhasillah album mini yang judulnya sama dengan buku itu, Mahar Ke Syurga,” katanya.
Album itu mengandungi lima lagu iaitu Aku Ingin Bicara, Buat Anak Ku Mendatang, Bukan Kerana Itu, Mahar Ke Syurga (duet dengan Intan Norzaina) dan Kerana Cinta Mu.
Menurut Wanji, album itu dilancarkan pada 29 Oktober lalu dan kepada peminat muzik yang mahu mendapatkan album itu boleh melayari Facebook dan Instagram Wanji Aswandi.
Bercakap mengenai tawaran menyanyi pula, Wanji berkata, masih ada penganjur yang menjemputnya dan Jawi membuat persembahan.
“Kami buat persembahan pada acara kebudayaan di Negeri Sembilan dan Johor serta menerima undangan daripada Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Kami akan terus berkarya kerana itulah nafas dan hidup kami.
“Bersama Jawi, kami juga ada menghasilkan single berjudul Katanya. Cuma untuk mini album ini, Amirul mahu saya tampil solo. Bagaimanapun, di mana-mana persembahan pentas, nyanyian saya tetap diiringi Jawi,” katanya.
Sumber Wanji terus berkarya
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zRX6bf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment