Hi! Welcome Back and Stay Tune! Farah Nabilah: Terima populariti mendadak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Farah Nabilah: Terima populariti mendadak

WATAK Aisy dalam drama Titian Cinta ternyata membawa tuah buat pelakon utamanya, Farah Nabilah apabila mendapat perhatian luar biasa daripada peminat.

Biarpun sebelum ini pernah muncul dalam beberapa drama sejak terbabit dalam dunia lakonan lebih dua tahun lalu, nama Farah mula menjadi sebutan selepas gandingannya dengan aktor Zul Ariffin mendapat perhatian ramai.

Berkongsi penglibatannya dalam lakonan, kata Farah semuanya berlaku secara tidak sengaja apabila tenaga produksi sering memintanya menjadi pelakon tambahan ketika penggambaran di rumah.

“Sebelum ini, rumah keluarga Farah sering menjadi lokasi penggambaran drama beberapa produksi termasuk produksi abang Rashid Sibir menjadikan Farah kenal kru produksi terbabit.

“Ingat lagi drama pertama Farah diminta buat extra ialah mak Pengantin Tak Popular lakonan Nora Danish dan Jasmin Hamid yang shooting di rumah Farah sekitar tahun 2011,” imbasnya.

Farah yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Psikologi dari Universiti Segi ini mengakui dia sebenarnya tidak pernah terfikir atau merancang membina kerjaya dalam bidang lakonan kerana bercita-cita bergelar pakar  psikiatri.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali sebagai pelakon tambahan, Farah menyambung pengajian selama empat tahun dan tidak terfikir mengenai dunia lakonan.

“Namun inilah yang dikatakan rezeki. Biarpun Farah sibuk merancang kerjaya dalam bidang lain, tapi kalau dah rezeki tertulis di sini, maka di sinilah Farah berada buat masa ini.

“Tapi Insya-ALLAH jika diizinkan Farah memang berhasrat nak sambung master dalam bidang yang sama dan suatu hari nanti mungkin akan gunakan sepenuhnya apa yang Farah belajar ini,” ujarnya.

Mengakui drama Titian Cinta membawa perubahan dalam hidupnya dan kini berusaha menyesuaikan diri dengan sebaiknya.

“Dulu Farah memang selamba saja buat apa yang Farah nak, keluar rumah pun pakai ikut yang sempat, tapi sekarang memang tidak boleh macam tu lagi sebab Farah akan jadi perhatian.

“Paling kelakar, pergi pasar yang dekat dengan rumah pun ada makcik-makcik yang nak bergambar,” ujarnya.

Hargai peminat

Cerita Farah lagi, keluarganya turut dalam fasa menyesuaikan diri dengan tempias populariti yang diraih kerana pelakon ini sangat rapat dengan keluarga.

Menurut anak sulung enam beradik ini, walaupun dia tidak mendedahkan kisah keluarga kepada umum namun mereka tetap menjadi perhatian.

Biarpun baru sahaja membina nama dalam industri, Farah menyifatkan bertuah apabila mendapat sokongan peminatnya sehingga tertubuhnya kelab peminat secara rasmi, tahun lepas dan dilancarkan Ahad lalu.

Populariti mendadak menyebabkan ada peminat obses terhadap dirinya namun dia bersyukur kerana tidak memberi kesan negatif kepada kehidupan peribadi dan keluarga.

“Kebanyakan mereka suka meninggalkan pelbagai pesanan  di Instagram dan boleh dikatakan hampir ribuan mesej diterima setiap hari.

“Walaupun tak dapat nak balas, tapi Farah nak bagitahu yang Farah memang baca semua pesanan yang diberikan dan sangatnya,” katanya yang turut menerima pelbagai hadiah pemberian peminat.

Di sebalik pelbagai pujian yang diterima kerana keberkesanan lakonannya, Farah yang bakal tampil dalam supertele Adam dan Hawa 2  di Astro First tidak lama lagi ini mengakui sentiasa terbuka menerima teguran.

“Kalau asyik nak dengar pujian sahaja, ‘tidurlah’ kita nanti. Jadi Farah memang sentiasa terbuka dan tidak kisah dengan kritikan untuk perbaiki kelemahan diri

“Malah dalam supertele Adam Hawa 2, Farah buat pertama kalinya membawa watak antagonis untuk mencari sedikit kelainan dalam lakonan Farah yang sebelum ini.

“Walaupun sekarang orang dah mula terima lakonan Farah, usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu lakonan tidak akan pernah berhenti, Insya-ALLAH,” katanya yang kini dihujani dengan pelbagai tawaran berlakon dan mejadi duta produk.

The post Farah Nabilah: Terima populariti mendadak appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zU0jY2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.