Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jika BN menang, kenapa perlu 'cuak'? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jika BN menang, kenapa perlu 'cuak'?

10 sebab untuk 'cuak' jika BN menang
Amran Ahmad Nor      Hari ini, 12:28 pm
Kita bukan sekadar bercakap mengenai kelangsungan hidup buat semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, tahap pendidikan atau berapa orang anak dalam mana-mana keluarga untuk tahun depan atau 2019 sahaja.

Kita bercakap mengenai semua itu untuk tempoh lima tahun akan datang kerana pilihan raya umum hanya akan diadakan dalam tempoh lima tahun sekali.

Dengan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan dalam masa 180 lagi, bak kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mungkin selepas tahun baru Cina akan datang, pengundi Malaysia sudah mula mencongak pakatan mana yang harus dipangkah.
Silap pilih, rakyat negara ini akan terbeban dengan akibat parti mana yang mereka pilih untuk tempoh lima tahun lagi, atau meraih manfaat sama ada dalam skala besar atau kecil kesan pemilihan tersebut.

Sama ada BN yang memerintah Malaysia berdekad-dekad lamanya dikekalkan atau Pakatan Harapan yang dianggotai oleh empat parti komponen dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai teraju utamanya menjadi kerajaan baru.

Parti-parti lain seperti PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang tidak berada dalam pakatan utama juga akan bertanding pada PRU14 dan bakal memberi kesan kepada tahap kemenangan kedua-dua pakatan utama tersebut.

Merajuk, kecewa dengan BN

Dalam congakan tersebut, di kalangan mereka yang masih mahu memilih BN atau yang telah 'merajuk', kecewa dan bengang dengan beralih kepada HARAPAN, rakyat nampaknya sedang berkira-kira dengan kesan undi mereka nanti.

Yang pertama, rakyat 'cuak' atau takut jika BN terus kekal di Putrajaya, harga barangan terutama makanan dan minuman seperti ikan, minyak masak dan beras akan melonjak seperti yang dijangkakan Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDM).
Menurut IKDM, kegiatan monopoli, prestasi ringgit yang lemah dan cukai pengguna akan terus menyebabkan kenaikan harga makanan pada tahun mendatang, walaupun data ekonomi menunjukkan angka lebih baik.

Kedua, rakyat juga cuak untuk kekalkan parti pemerintah sedia ada dengan kadar inflasi yang semakin tinggi setelah BN berjanji lagi bertekad mengekalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika menang PRU14.

Ketiga, kenaikan harga minyak secara tidak terkawal turut menjadikan rakyat cuak untuk mengundi BN walaupun Malaysia adalah negara pengeksport bersih minyak yang menjana keuntungan berlipat kali ganda apabila harga minyak global mencanak naik.

Antara minyak dunia, tempatan

Dengan jangkaan harga minyak dunia akan melonjak naik di masa depan, ramai juga yang bingung kenapa mereka perlu membayar harga minyak tempatan yang lebih mahal tatkala negara mencatat untung lebih tinggi.

Sepatutnya untung penjualan minyak Malaysia itu dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk subsidi yang menjurus kepada harga petrol, diesel tempatan yang lebih rendah.

Keempat, rakyat juga cuak jika berlakunya kenaikan kadar tol apabila BN menang nanti setelah perjanjian pengendali tol dengan kerajaan ditangguh beberapa kali termasuk yang dikendalikan PLUS (M) Berhad dan Shah Alam Expressway (Kesas).
Buat masa sekarang, mungkin BN tak berani untuk umumkan kenaikan tol tetapi apabila sudah menang dalam PRU14, maka 'keberanian' akan terpacul jua kerana rakyat akan lupa mengenainya menjelang satu lagi pilihan raya umum yakni yang ke-15.

Rakyat Malaysia juga cuak, kelimanya, jika BN menang di Putrajaya dan terus gagal memulihkan nilai ringgit kerana ia akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dalam masa beberapa tahun mendatang.

Itu belum termasuk dikhabarkan nilai dagangan antarabangsa yang lebih tinggi sedangkan jumlah barangan yang dijual menjadi semakin kurang.

Laporan Bank Dunia

Seperti yang dilaporkan Bank Dunia, ekonomi Malaysia adalah antara 15 negara Asia yang dijangka meruncing dengan ramalan berkembang pada kadar lima peratus sahaja pada 2018 dan menguncup menjadi 4.8 peratus pada tahun 2019.

Yang keenam, apabila pertumbuhan negara perlahan dan nilai ringgit menjunam, rakyat juga cuak untuk mengetahui bahawa hutang kerajaan Malaysia bertambah ke paras yang tidak diduga sama sekali.
Ketujuh, ini yang pasti berlaku jika BN menang pada PRU14 iaitu misteri skandal 1MDB akan semakin dilupakan, tak terungkai.

Siapa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat akan terus menghantui rakyat negara ini walaupun berbilion ringgit telah lesap dibawa lari oleh dua, tiga penyangak profesional.

Kelapan, jika BN kekal berkuasa, nasib Sabah, Sarawak akan terus dipinggirkan walaupun BN mendabik dada dengan projek Lebuh Raya Pan Borneo yang belum tentu menjadi pemangkin pertumbuhan di kedua-dua negeri tersebut tanpa suntikan lain seperti royalti minyak.

Nasib rakyat Sabah, Sarawak

Jika hospital di Sabah, Sarawak tidak ditambah baik, penduduk yang sakit akan terus dinafikan hak untuk mendapat rawatan perubatan manakala anak-anak kelahiran Sabah, Sarawak akan terus ketinggalan jauh dari segi pendidikan.

Dan jika BN menang dengan majoriti lebih besar, sebab kesembilan, maknanya suara pembangkang akan semakin lemah, tidak mampu untuk menjalankan peranan semak dan imbang dengan berkesan.

Jika betul hanya undi masyarakat Cina bersama DAP, ada juga yang takut pembangkang terus didominasi oleh wakil-wakil rakyat Cina setelah wakil-wakil rakyat PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kecundang di tengah jalan.
Kesepuluh, jika BN kekal berkuasa, rakyat tidak akan berani untuk berharap berlakunya reformasi institusi secara menyeluruh dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan parlimen terus diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kesimpulan, kalau BN kekal berkuasa, maka Mahathir dan HARAPAN boleh dikatakan gagal untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dan BN sedangkan pada masa yang sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga semakin berumur dengan terus menggasak BN.

Mungkin betul telahan sesetengah pihak, jika BN terus berkuasa pasca PRU14, maka tak salah untuk menjangkakan 10 tahun lagi pemerintahan parti itu dalam menentukan hala tuju negara dan rakyatnya.

Hanya Allah Taala maha tahu, mengetahui segalanya.

* AMRAN AHMAD NOR merangkul ijazah MBA dari universiti di United Kingdom selain bekas wartawan ekonomi akhbar arus perdana. Pernah menjadi pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan Utusan Melayu dan masih menjejaki perjuangan arwah Ahmad Nor, bekas presiden CUEPACS dan naib pengerusi DAP.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kf4ruI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.