Maharaja Akihito turun takhta 30 April 2019
TOKYO: Panel khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Shinzo Abe bersetuju bahawa tarikh yang dirancangkan untuk Maharaja Akihito turun takhta adalah pada 30 April 2019, demikian lapor penyiar kebangsaan NHK.
Ia adalah pengunduran yang pertama seumpamanya oleh seorang Raja Jepun dalam tempoh dua abad.
Akihito, yang pernah menjalani pembedahan jantung dan rawatan untuk kanser prostat, berkata dalam satu ucapan yang jarang berlaku tahun lalu bahawa baginda bimbang usianya mungkin akan menyukarkan lagi pelaksanaan tugasnya.
Undang-undang yang diterima pakai pada Jun lalu membenarkan Akihito untuk berundur, tetapi masih menanti butir lengkap seperti tarikh untuk ditetapkan kemudian.
Baginda akan digantikan oleh anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito. - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j4AGcy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment