Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami isteri kaki kelentong tipu 48 jemaah umrah seluruh negara, babitkan kerugian RM350,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami isteri kaki kelentong tipu 48 jemaah umrah seluruh negara, babitkan kerugian RM350,000

SUAMI isteri ditahan dipercayai terbabit menipu 48 jemaah umrah di seluruh negara membabitkan kerugian lebih RM350,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata suspek lelaki berusia 47 tahun dan isterinya 43 tahun.

Menurutnya, pasangan itu ditahan di satu premis di Kuantan, Selasa lalu, selepas hampir lima bulan diburu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki adalah pengurus cawangan di agensi pengurusan umrah di Kuantan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki adalah pengurus cawangan di agensi pengurusan umrah di Kuantan.

“Suspek bertanggungjawab menguruskan jemaah umrah yang berdaftar dengan syarikat dia bekerja.

“Dia kemudian mengambil kesempatan dan menipu mangsa dengan memasukkan bayaran ke akaun kepunyaan syarikat milik isterinya.

“Siasatan juga mendapati syarikat yang didaftarkan atas nama isteri mempunyai nama hampir sama dengan syarikat dia bekerja.

“Ini sekali gus membuatkan orang ramai terpedaya dan memasukkan wang ke dalam akaun milik isterinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Mohd Wazir berkata, dalam kes terbaru suami isteri terbabit dipercayai turut memperdayakan pesara guru membabitkan kerugian lebih RM40,000, pada September lalu.

“Guru itu membuat laporan, Isnin lalu. Hasil maklumat mangsa, kami melakukan serbuan di satu premis dan menahan dua suspek mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Difahamkan, suami isteri terbabit sudah direman bagi membantu siasatan dan dijangka dituduh, Isnin ini.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Suami isteri kaki kelentong tipu 48 jemaah umrah seluruh negara, babitkan kerugian RM350,000

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zTO0Lm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.