Hi! Welcome Back and Stay Tune! Belum temui pengganti Sunday, Dong-hyun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Belum temui pengganti Sunday, Dong-hyun

PENGENDALI UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail mengakui berdepan kesukaran mencari pemain import berkualiti selepas kehilangan dua tonggak musim lalu Akanni Sunday dan Do Dong-hyun.

Walaupun sudah menguji beberapa pemain import dari Brazil, Tajikistan dan Nigeria namun katanya, beliau masih belum menemui pemain berkualiti untuk mengisi kekosongan itu.

“Saya masih belum berpuas hati dengan beberapa pemain yang hadir untuk menawarkan khidmat mereka kerana kesemuanya tidak menepati taktikal yang ingin saya terapkan.

“Walaupun bajet kecil, tapi kami tetap harapkan kualiti dan kelebihan tertentu yang sesuai dengan corak permainan pantas.

“Saya amat berharap dengan tempoh masa yang masih ada ini kami dapat mencari pengganti yang bersesuaian dengan apa yang ingin diterapkan dalam pasukan,” katanya.

Dong-hyun sudah sah mengikat kontrak bersama Kelantan musim depan manakala Sunday dikatakan masih dalam rundingan dengan beberapa pasukan Liga Super termasuk Selangor.

Menurutnya, setakat ini, dua dari empat kuota pemain import sudah dilengkapkan skuad The Lion Troops  selepas mengikat pemain pertahanan baharu dari Cameroon selain turut mengekalkan khidmat pemain tengah musim lalu, Dechi Marcel N’Guessan.

The post Belum temui pengganti Sunday, Dong-hyun appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i6Rn6l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.