Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Afifi Al-Akiti Tokoh Maulidur Rasul 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Afifi Al-Akiti Tokoh Maulidur Rasul 2017


KUALA LUMPUR- Pensyarah Pusat Islam di Fakulti Teologi, Oxford University, United Kingdom, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, diumum penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H/2017.

Beliau menerima wang tunai RM50,000, sebuah trofi dan sijil penghargaan.

Anugerah disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, sempena majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H/2017 di Masjid Wilayah, di sini semalam.

Turut mengiringi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.

Lapan individu lain pula menerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini.

Mereka ialah Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md Amin; Atase Agama di London, Datuk Wan Mohamad Syeikh Abdul Aziz; mantan Duta Malaysia pertama ke Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

Pengerusi Yayasan Murni Aqidah (YMA), Datuk Aidit Ghazali; Pengerusi Eksekutif International Shaariah Research Academy (ISRA), Prof Dr Mohamad Akram Laldin; Penel Pemikir Dakwah Negara, Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin; Ahli Majlis Perundingan Islam, Prof Datin Dr Raihanah Abdullah serta penyelidik astronomi, Dr Nur Adlyka Ainul Annuar.

Semua mereka menerima wang tunai RM20,000, sebuah trofi serta sijil penghargaan.

Penganugerahan itu berdasarkan sumbangan besar individu terbabit dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat kebangsaan dan global yang diiktiraf pelbagai pihak.-BH ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jA0sVs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.