Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peserta RCPA pamer bakat masak, melukis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peserta RCPA pamer bakat masak, melukis

LANGKAWI: Aktiviti melukis atas pinggan seramik dan memasak kuih tradisional menguji kebolehan serta bakat seni sekumpulan 10 jelitawan yang juga finalis Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa (RCPA) 2017 ketika mengunjungi Kompleks Kraf Langkawi (KKL) di sini, hari ini.

Terdahulu, ketibaan kumpulan jelitawan terbabit pada jam 3 petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Azizan Noordin dan Pengurus KKL, Rosman Manan.

Ketika ditemui, Rosman berkata aktiviti melukis atas pinggan seramik itu disusun bagi membolehkan jelitawan dari seluruh dunia itu mempamerkan kebolehan seni masing-masing.

"Pada program sama tahun lalu kami menyajikan aktiviti mencanting batik, tapi kali ini kita menonjolkan pula aktiviti melukis atas seramik, selain berpeluang memasak kuih karas, peneram, loyang dan bunga pudak.

PESERTA RCPA menunjukkan hasil lukisan atas pinggan seramik masing-masing ketika mengunjungi Kompleks Kraf Langkawi (KKL) di Langkawi, hari ini. - Foto Hamzah Osma

"Alhamdulillah, semua ratu cantik terbabit amat teruja dan berjaya menyiapkan lukisan hasil kreativiti masing-masing, selain menunjukkan kebolehan memasak kuih tradisional sepanjang sejam aktiviti berlangsung," katanya.

Yang turuf hadir, Timbalan Presiden Antarabangsa RCPA, Irene Liong dan Pengurus Pelancongan LADA, Nor Aznan Sulaiman.

Peserta, Jana Papezova, 23, dari Republik Czech, berkata aktiviti yang disediakan penganjur amat menarik dan memberi banyak ilmu baharu berkaitan seni dan masakan tradisional Malaysia.

"Langkawi cantik dan saya pasti akan datang lagi ke pulau ini," katanya yang sebelum ini tidak mengenali Langkawi, malah pertama kali tiba di negara ini.

Sementara itu, Irene berkata, kumpulan ratu cantik mewakili 60 negara itu berada di negara ini untuk menyertai pertandingan RCPA edisi ke-20 di Grand Ballroom, Hotel Sunway Resort di Bandar Sunway, Petaling Jaya pada 31 Disember ini.

"Tuan rumah, Malaysia akan diwakili pelajar berusia 24 tahun, Melissa Ng Sook Khuan, yang juga merupakan model sambilan," katanya.



Sumber Peserta RCPA pamer bakat masak, melukis

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ix6SIL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.