15 Anggota PPM Diberkas Di Sabah
Polis Sabah memberkas 15 individu termasuk tujuh wanita dipercayai anggota pertubuhan, Pemuda Panca Marga (PPM) yang berpangkalan di selatan Indonesia dalam satu serbuan pada Sabtu lalu.
Kesemua suspek berusia antara 13 hingga 60 tahun itu ditahan dalam sebuah rumah di Kampung Tas, Anderasi di Tawau, pada pukul 4 petang. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, ketika serbuan dijalankan, pihaknya mendapati 11 daripada individu itu memakai pakaian celoreng namun tiada sebarang senjata ditemui dalam premis tersebut.
“Siasatan lanjut yang dijalankan mendapati, kebanyakan daripada mereka bekerja di ladang dan merupakan anggota pertubuhan tersebut yang mula ditubuhkan pada tahun 1966.
“Difahamkan matlamat pertubuhan itu adalah bagi menjaga kebajikan pesara polis, tentera dan pekerja Indonesia yang mencari rezeki di Sabah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DEdkXA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment