Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyelesaian Gaya Ajinomoto! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyelesaian Gaya Ajinomoto!

Ajinomoto Inc. diasaskan pada 20 Mei 1909. Terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah jenama yang mengeluarkan produk MSG yang digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Keistimewaan Ajinomoto ni adalah kerana berjaya menghasilkan satu rasa “umami” atau gurih (savory) yang dapat diterima oleh segenap penduduk di Jepun hinggalah seluruh dunia.

Satu masa dulu, Ajinomoto berdepan dengan satu masalah. Produk mereka yang dalam bentuk botol tu kurang mendapat repeat customer.

Sebab paling utama, serbuk Ajinomoto tu lambatnyalah habis. Pelanggan beli satu, berbulan-bulan baru beli semula.

Perkara macam ni jadi satu masalah utamalah kepada sebuah syarikat tambah-tambah lagi yang besar macam ni. Tak boleh nak jana pendapatan berulang dengan cepat.

Setiap hari mereka duduk berbincang, bertekak, apa yang patut buat nak selesaikan masalah ni. Makin lama dibiarkan, masalah tak akan selesai-selesai juga.

Banyak cadangan yang dikemukakan. Tambah ramuan ini, kurangkan yang tu. Jadikan ia lebih cepat larut. Semuanya tak berkesan. Kena tolak mentah-mentah.

Hinggalah pada satu hari, salah seorang daripada team Ajinomoto bertanyakan kepada seorang suri rumah di sebuah pasar di jalan Jepun.

Macam mana nak buatkan botol Ajinomoto ni cepat habis? Tanpa berfikir panjang, suri rumah tadi menjawab, besarkanlah lubang di botol tu, cepatlah habis.

Team Ajinomoto agak terkejut dengan jawapan suri rumah tu. Inovasi yang terlampau mudah sampaikan mereka sendiri tak terfikirkan. Terus pasukan R&D Anjinomoto buatkan perubahan pada lubang di botol.

Sejak dari itu, mereka dapati perubahan besar berlaku kepada penjualan runcit. Pelanggan semakin kerap membeli. Jika dulu sampai berbulan-bulan baru beli semula, kini mungkin sebulan satu botol. Pemborong-pemborong pun makin cepat membuat pesanan dengan jumlah yang banyak.

Kini, Ajinomoto sudah menjadi sebuah jenama gergasi di dunia yang beroperasi di 30 buah negara. Pendapatan kasar mereka pada tahun 2017 adalah sebanyak 10.1 bilion USD dan memberikan peluang pekerjaan kepada 32, 734 staf di seluruh dunia.

Repeat order dari customer sangatlah penting. Kita boleh cipta apa-apa produk. Cumanya perlu fikirkan, adakah pelanggan kita dapat buat belian dengan kerap.

Kalau tak boleh hari-hari pun, mungkin setiap bulan. Kalaulah mereka beli sekali, lepas tu tak habis-habis guna, boleh melingkup produk tu.

Jika produk kita tak ada perkara asas ni, mungkin satu inovasi perlu dilakukan. Perubahan yang kecil macam kes lubang botol Ajinomoto ni sudah mencukupi. Tak perlu pun yang terlampau besar dan gah.

Idea juga tak semestinya datang dari team kita sendiri. Mungkin sebab kita dah berada dalam satu kotak yang selesa dan tak nampak apa masalah yang ada dalam syarikat sendiri. Perlu keluar dan dengar pendapat dari orang luar.

Zulhilmi Daud


Sumber Penyelesaian Gaya Ajinomoto!

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E8Av9n

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.