Haqiem Rusli Terkenang Memori Kena Maki Salah Buat Aiskrim
Keperitan lalu banyak beri pengajaran. (Pic: Instagram @haqiem.rusli_lovers)
Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam hidup ini. Ada yang perlu bersusah payah terlebih dulu sebelum menikmati keindahan berpanjangan. Malah ada yang perlu menunggu lama untuk membuktikan apa yang ada dalam diri. Sama juga dengan apa yang dilalui penyanyi remaja terkenal, Haqiem Rusli.
Selepas hampir sedekad mencuba nasib termasuk menyertai pelbagai program realiti nyanyian, baru Haqiem atau nama penuhnya, Ridzuan Haqiem Rusli berjaya menyerlah bakat yang dimilikinya.
Lamaran syarikat rakaman FMC Music selepas dia gagal menjadi protege kepada Black menerusi pertandingan Mentor Milenia 2016 mengubah landskap hidupnya.
Mengimbas kembali perjalanan seninya kepada Rojak Daily Kaw! Haqiem pernah dimaki kerana salah membuat aiskrim ketika bekerja di sebuah premis Baskin Robbins.
“Panjang sebenarnya kalau mahu diceritakan balik. Saya pendekkan cerita ya. Dua minggu saja saya bertahan kerja di kedai aiskrim itu. Saya kena maki teruk sebab salah buat aiskrim. Malah saya pernah bekerja di call centre. Macam-macam kerjalah saya buat nak teruskan hidup dan belajar berdikari.
“Saya pernah tak ada duit dan hidup pun bergaya dengan selekeh. Lebih memeritkan, saya kena tinggal dengan member dan kekasih saya ketika itu. Masa itu memang saya rasa tak ada arah. Macam hilang arah tujuan. Macam tak ada masa depan. Memang struggle gila dulu. Nak further study pun tak dapat.
“Pelbagai perkara saya tempuhi dulu. Sebab itu saya takkan lupa diri dan memanjat kesyukuran dengan apa yang saya raih sekarang. Terima kasih Allah SWT atas nikmat ini. Nasib saya bagai berubah selepas dihubungi FMC Music dan ditawarkan projek seni dengan mereka,” katanya.
Tapi Haqiem yang kini bukanlah yang macam dulu. Setiap ujian dan cabaran mendatang bukan alasan untuk dia mengalah.
“Dulu saya percaya bukan rezeki untuk saya terbang tinggi. Saya pun belum mature lagi masa itu. Kegagalan dan kesusahan lalu buat saya jadi lebih kuat dan matang. Ia ajar saya untuk tidak cepat putus asa. Malah saya sedar di sebalik kepayahan semua itu pasti ada keindahan yang menyusul seperti mana yang saya nikmati kini.
“Tiga single saya, Segalanya, Tergantung Sepi dan Jatuh Bangun diterima. Saya bersyukur sangat,” katanya.
Jun depan, finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 menerusi lagu Tergantung Sepi ini juga dijangka muncul dengan single keempat.
“Strategi saya selepas dua lagu sedih dan satu rancak keluar, single keempat bakal kembali ke rentak balada. Saya janji single keempat ini akan bagus daripada Tergantung Sepi. Bukan nak cakap saya terlebih confident dan berlagak dengan jaminan single keempat itu. Tapi sebab saya yang buat lagu itu dan harapnya ia akan pergi lebih jauh. Judulnya biarlah rahsia dulu,” katanya.
Pada AJL 32 tanggal 11 Februari depan, Haqiem akan bersaing dengan 11 buah lagu lagi. Haqiem akan berkongsi pentas dengan Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita, Syamel, Ernie Zakri, Caliph Busker, Ara Johari, Khai Bahar, Hael Husaini, Hazama, Altimet dan Salma.
Sumber Haqiem Rusli Terkenang Memori Kena Maki Salah Buat Aiskrim
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DCa1Mu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment