Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kalau tak sendiri angkat dan cari alasan, sapa mau angkat maa.... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kalau tak sendiri angkat dan cari alasan, sapa mau angkat maa....

* Apa pun itu memang tugas dia sebagai Menteri 'Bercakap' Malaysia

Malaysia tangani krisis lebih baik berbanding negara lain, kata Salleh Said Keruak
Diterbitkan pada Januari 22, 2018 08:01 MYT
Salleh berpendapat berpendapat penyelesaian kepada krisis bukanlah dengan mengambil jalan mudah seperti mengubah kerajaan atau Perdana Menteri. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Malaysia dapat menangani krisis yang dihadapinya dengan lebih baik berbanding banyak negara lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata dengan dunia sedang berdepan pelbagai krisis, Malaysia turut menerima kesannya.

Namun, beliau berpendapat penyelesaian kepada krisis bukanlah dengan mengambil jalan mudah seperti mengubah kerajaan atau Perdana Menteri.

"Pakatan Harapan memberitahu rakyat bahawa Malaysia sedang menghadapi krisis politik dan ekonomi, dan satu-satunya cara untuk mengatasi masalah itu adalah dengan menukar kerajaan atau menggantikan Perdana Menteri," katanya dalam catatan di blog sskeruak.blogspot.my malam ini.

Merujuk kepada Amerika Syarikat dan United Kingdom, beliau berkata kedua-dua negara itu merupakan contoh demokrasi barat dengan Amerika Syarikat mengamalkan sistem kerajaan republik manakala United Kingdom melaksanakan pemerintahan raja berperlembagaan Westminster.

"Kedua-duanya mengalami krisis ekonomi dan politik," katanya sambil memberitahu bahawa kerajaan kedua-dua negara itu juga sedang menghadapi krisis keyakinan dan berusaha untuk kekal relevan.

Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata tindakan menukar kerajaan yang dilakukan di Amerika Syarikat dan United Kingdom bukan sahaja tidak menamatkan krisis politik dan ekonomi yang dihadapi mereka, malah menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.

"Apa yang berlaku di bahagian dunia lain juga memberi kesan kepada Malaysia. Ini bermakna, penyelesaian bukanlah dengan mengambil jalan mudah seperti menukar kerajaan atau Perdana Menteri," katanya. - sumber


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Gkfl8P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.