Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bom Motosikal Meletup Di Yala - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bom Motosikal Meletup Di Yala




Tiga orang disahkan terbunuh, manakala sekurang-ku­rangnya 18 yang lain cedera apabila sebutir bom motosikal meletup di sebuah pasar di wilayah bergolak Yala, selatan Thailand kira-kira pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) semalam. 

Ketua Polis Yala, Mejar Jeneral Krisada Jandee yang mengesahkan kejadian itu berkata, sera­ngan berlaku di Pasar Pimonchai yang terletak di pusat bandar Yala ketika pelanggan sedang sibuk membeli barang keperluan.

“Dua daripada mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Yala,” katanya kepada pemberita semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muang, Kolonel Prawit Soseng berkata, bom yang di­letakkan pada sebuah motosikal itu dianggarkan memiliki berat antara 20 kilogram (kg) hingga 30kg. Bahan letupan itu diletupkan menggunakan alatan pemasa. Menurutnya, sehingga kini belum ada pihak yang me­ngaku bertanggungjawab me­lancarkan serangan tersebut.

Kejadian semalam merupakan serangan berskala besar pertama menyasarkan pusat bandar Yala dalam tempoh dua tahun. Pergolakan bersenjata di selatan Thailand terutamanya di wilayah Yala, Pattani dan Na­rathiwat bermula pada awal tahun 2000 dan sehingga kini telah menyebabkan lebih 7,000 orang terbunuh dengan ribuan lagi cedera.

Angka kematian akibat pemberontakan di selatan Thailand pada tahun 2017 adalah 235 orang sekali gus paling rendah sejak konflik 13 tahun itu tercetus. Jumlah kematian rendah itu antara lain berpunca daripada kemajuan rundingan damai de­ngan pemberontak dan langkah kerajaan Thailand mengetatkan kawalan keselamatan wilayah bergolak.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DEd22W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.