Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak mahu kejadian suara sumbang dan dimalukan berulang, Asad Motawh tolak undangan berduet dengan Armada - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak mahu kejadian suara sumbang dan dimalukan berulang, Asad Motawh tolak undangan berduet dengan Armada

PETALING JAYA: Penyanyi baharu Asad Motawh memberitahu dia menolak undangan nyanyian sebuah program hiburan popular yang mahu dia berduet sekali lagi bersama kumpulan dari Indonesia iaitu Armada.

Tak mahu kejadian suara sumbang dan dimalukan berulang, Asad Motawh tolak undangan berduet dengan Armada

Tak mahu kejadian suara sumbang dan dimalukan berulang, Asad Motawh tolak undangan berduet dengan Armada

Asad, 17, berkata, dia tidak mahu kejadian suara sumbang dan dimalukan ketika program Dahsyat di Indonesia bulan lalu berulang kembali.

“Baru-baru ini kumpulan Armada ada datang sini untuk promosi dan saya diundang untuk berduet dengan mereka dalam sebuah program bual bicara.

“Saya tolak kerana saya tidak mahu kejadian sama berulang. Saya lebih berhati-hati untuk terima lagu yang saya sendiri tidak bersedia,” ujarnya.

 

Armada ketika mempromosi lagu mereka di MeleTOP minggu lalu.

Sementara itu, Asad berkata, dia menerima banyak pengajaran selepas peristiwa berkenaan.

Bagaimanapun, dia bersyukur peminat-peminatnya di Indonesia dan Malaysia memahami situasi berkenaan.

“Saya sekarang sudah masuk kelas vokal dan menari bagi memperbaiki persembahan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Asad turut mengakui kerjayanya tidak terjejas disebabkan reputasi sebagai seorang penyanyi sedikit tercalar.

“Alhamdulillah, setakat ini tidak terjejas pun, rezeki saya makin banyak. Ibu bapa juga banyak beri sokongan dan berharap saya tidak tersilap percaturan sekali lagi,” ujarnya.

Selain itu, bercerita tentang perkembangan nyanyian, Asad berkata, dia dan syarikat rakaman merancang untuk menerbitkan sebuah album dengan sepuluh buah lagu akhir tahun ini.

Katanya dia juga akan memberi perhatian terhadap pelajaran kerana bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Dalam pada itu menerusi pencalonan awal Anugerah Meletop 2018 penyanyi lagu Senyum ini mendapat pencalonan awal untuk kategori Artis Baru MeleTOP.

Sumber: Mstar



Sumber Tak mahu kejadian suara sumbang dan dimalukan berulang, Asad Motawh tolak undangan berduet dengan Armada

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E8AjXH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.