Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kesiaan.....Wala'un betul-betul ikhlas dan bersemangat namun sedikit naive? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kesiaan.....Wala'un betul-betul ikhlas dan bersemangat namun sedikit naive?

Tak peduli logik, penyokong tegar PAS yakin menang PRU14
Chan Kok Leong · Diterbitkan pada 22 Jan 2018 7:04AM
Penyokong tegas PAS tekun mendengar ucapan presiden Abdul Hadi Awang di perhimpunan parti Islam itu di Shah Alam, semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Januari, 2018

KEYAKINAN amat tinggi dalam kalangan penyokong tegar PAS di perhimpunan semalam, walaupun kaji selidik menunjukkan parti Islam itu akan kehilangan Kelantan dan separuh kerusinya di Selangor jika ia melangkah masuk gelanggang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), secara sendirian.

Penyokong tegar PAS yang hadir ke perhimpunan di Shah Alam semalam kekal yakin dengan “kejayaan” PRU14.

Kaji selidik itu menunjukkan presiden mereka, Abdul Hadi Awang juga tidak selamat di kawasannya sendiri di Marang, Terengganu.

Namun tidak seperti parti politik lain, di mana matlamat utama mereka ialah untuk menang kerusi, kesetiaan atau “wala” dalam PAS percaya usaha juga sama tarafnya dengan kejayaan.


“Usaha” itu bagaimanapun tidak termasuk menjalinkan pakatan boleh menang dengan parti lain, sama ada ia Umno/Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan.

“Perjuangan PAS ialah menegakkan Islam. Sama ada menang atau kalah, ia terpulang pada Tuhan. Selagi kita bekerja keras, itu satu kejayaan juga,” kata Zamri Salzi, 46, ketika ditemui selepas program enam jam di Shah Alam semalam.

Sentimennya itu senada dengan Nur Syuhadah Ismail, 25, seorang ustazah.

“Kami yakin kerana semangat dalam parti sangat tinggi dan selagi kami bekerja keras, itu sudah cukup baik. Matlamat kami untuk menegakkan Islam dan menjaga kebajikan rakyat,” katanya yang berasal dari Bangi.

Terdahulu, Hadi menyeru kira-kira 5,000 penyokong untuk terus berada di belakang parti supaya dapat menawan Kedah, Perlis dan Perak sementara terus memegang Kelantan dan Selangor. PAS mempunyai 13 daripada 56 kerusi DUN di Selangor.

PAS turut kehilangan Terengganu, yang diterajui Hadi dari 1999-2004 sebelum ia terlepas ke tangan Umno.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang melambai ke arah penyokong yang hadir pada perhimpunan parti Islam itu di Shah Alam, semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Januari, 2018

Muhammad Suhaimi Saad, dari Kedah yang turut hadir ke perhimpunan itu juga menolak aura negatif yang menyelubungi persoalan sama ada parti itu mampu menang 130 kerusi.

“80% daripada orang muda sokong PAS sekarang. PAS juga ada NGO Muslim dan Gagasan Rakyat,” katanya.

Zamri, 27, yang bertugas sebagai guru berkata beliau percaya kemenangan PAS akan diterima daripada kelompok usia 35 hingga 50 tahun.

“Kami yakin politik Islam ini diterima semua,” katanya.

Nur Syuhadah berkata menang kerusi menjadi persoalan kedua baginya dan rakan-rakan.

Ketika ditanya bagaimana PAS boleh jadi “kingmaker” dengan menang 40 kerusi jika pencapaian terbaiknya dalam PRU ialah 27 kerusi pada 1999, dia hanya mengangkat bahu dan berkata: “Usaha kami hanya membantu parti.”

“Tidak seperti parti lain, tidak ada pemimpin kami pernah ditahan kerana rasuah. Tuduhan yang ada itu (tentang pemimpin terima wang dari Umno) hanya khabar angin dan tidak ada fakta,” katanya.

Nur Syuhadah juga tidak percaya bahawa PAS ada kerjasama sulit dengan Umno untuk bertanding dalam banyak kerusi supaya undi pembangkang terpecah.

Hadi sebelum ini berkata PAS akan bertanding di lebih 130 kerusi persekutuan pada PRU14. Pada PRU lalu, PAS beranding 71 kerusi atas tiket Pakatan Rakyat.

Nur Syuhadah berkata beliau tidak kisah jika undinya itu nanti akan hanya memberi kemenangan kepada BN.

“Tidak mungkin saya akan undi selain daripada PAS. Walaupun jika bermakna BN akan menang. Keputusannya tidak penting kerana saya undi untuk Islam,” katanya ketika ditanya bagaimana beliau mahu mengundi jika berlaku pertandingan tiga penjuru seperti di kerusi Shah Alam.

Walaupun Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari Amanah (dulunya PAS) menang 10,939 undi pada PRU13, kerusi Parlimen itu tetapi dianggap sukar menang jika berlaku pertandingan tiga penjuru.

Muhammad, yang akan mengundi di Pendang berkata, walaupun tidak menyokong sebarang kerjasama dengan Umno, beliau terima keputusan kepimpinan parti untuk tidak bekerjasama dengan parti pembangkang lain.

“Kami setia dan sokong kepimpinan. Dan segala yang lain terserah kepada Tuhan.” – 22 Januari, 2018.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GiYaF1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.