Undi Dr Mahathir jika mahu perubahan
Undi Dr Mahathir jika mahu perubahan, kata pensyarah undang-undang
Low Han Shaun · Diterbitkan pada 21 Jan 2018 10:01PM
Pensyarah undang-undang, Azmi Sharom berkata rakyat Malaysia tiada pilihan jika mahukan perubahan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 21 Januari, 2018
UNDI Dr Mahathir untuk perubahan, bukan kerana anda menyukai beliau, kata Azmi Sharom.
Di sebuah forum hari ini, pensyarah undang-undang dari Universiti Malaya itu berkata beliau faham mengapa rakyat Malaysia bersikap sinis ketika bekas pemimpin Umno itu dicalonkan sebagai perdana menteri.
"Saya tak kata supaya jangan undi pebangkang, saya tak kata mereka silap apabila memilih Dr Mahathir, tetapi saya akan tetap undi mereka kerana jika anda mahukan perubahan, anda tidak boleh ada kerajaan sekarang," katanya selepas forum “Post 1MDB and Malaysia: what future can we have” di Kuala Lumpur hari ini.
Azmi telah dijemput bersama bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan dan Dr Wong Chin Huat dari Institut Pulau Pinang untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai masa depan.
"Kalau anda mahu undi kerajaan, sudah tentu itu hak anda, tetapi kalau anda mahukan perubahan, maka anda tiada pilihan. Tak kiralah apa yang anda (atau saya) fikir tentang Dr Mahathir," kata Azmi.
Mengimbas semula pilihan raya Indonesia pada akhir 1990-an, Azmi berkata rakyat negara itu mengundi parti calon (Bacharuddin Jusuf Habibie) yang sama mereka gulingkan.
"Tetapi,Indonesia sekarang satu-satunya negara demokrasi yang berdaya maju di Asia Tenggara. Demokrasi mereka terselamat... untuk mengambil langkah pertama bagi memilih kerajaan pilihan mereka.
"Kita belum pernah mengambil langkah pertama itu kerana kita tak pernah ubah apa-apa.
"Jadi ya, ibarat menelan kaca, tetapi apa pilihan yang kita ada selain menelannya? Kita akan kekal di takuk sama.
"Tiada pembaharuan langsung di Barisan Nasional," katanya. – 21 Januari, 2018.
[Berita penuh di sini]

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rIUNUq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment