Hi! Welcome Back and Stay Tune! Farid Kamil Didakwa Di Mahkamah Guna Dadah Merbahaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Farid Kamil Didakwa Di Mahkamah Guna Dadah Merbahaya

Farid Kamil Didakwa Di Mahkamah Guna Dadah Merbahaya

Farid Kamil didakwa sekali lagi di mahkamah. (Pic: Instagram @faridkamilz)

Seminggu selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dakwaan mencederakan anggota polis dan orang awam selain beberapa pertuduhan lain, aktor kacak, Datuk Farid Kamil hari ini sekali lagi dibawa ke mahkamah sama (Kompleks Mahkamah Petaling Jaya) atas pertuduhan lain pula kerana menggunakan dadah Tetra Hydrocannibol (THC) ke dalam badan.

Bintang filem Lagenda Budak Setan itu dilihat begitu relaks dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di depan Majistret Majistret Nor Ariffin Hisham.

Dia didakwa menggunakan dadah berbahaya iaitu 11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 4.30 petang, 11 Januari lalu.

Pelakon bernama penuh Farid Kamil Zahari, 37, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Sementara itu, peguam Athari Bahardin yang mewakili Farid memohon mahkamah memberikan jumlah jaminan yang ringan kerana tertuduh menjadi penanggung utama keluarga.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Nor Ariffin membenarkan Farid diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan syarat tambahan pasport diserahkan pada pihak mahkamah sehingga kes perbicaraan selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Farid yang tidak ditemani isterinya Datin Diana Danielle, terdahulu tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9 pagi bagaimanapun beliau hanya berada di dalam kereta sehingga dibawa ke kaunter pendaftaran kes oleh pegawai polis pada jam 10.30 pagi.

Apabila selesai pendaftaran kes, Farid yang diitemani adiknya, Fadzil Bahari dibawa naik ke Mahkamah Majistret 1 untuk prosiding pendakwaan.

Ketika berlalu keluar dari mahkamah itu, Farid sempat meluangkan sedikit masa ditemubual rakan wartawan.

Malah Farid berterima kasih kepada rakyat Malaysia dan teman artis yang tak pernah putus mendoakan kesejahteraan hidupnya, isteri dan semua.

“Apa apa isu pun masih dalam prosedur mahkamah. Sebagai rakyat Malaysia saya hormati keputusan itu.

“Saya juga berasa gembira kerana ada isteri dan anak yang tak berhenti mendoakan keselamatan saya,” katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan isteri yang dikatakan berantakan, Farid mengatakan kehidupan mereka macam biasa.



Sumber Farid Kamil Didakwa Di Mahkamah Guna Dadah Merbahaya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Ec3dGr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.