Hi! Welcome Back and Stay Tune! PH Sabah: Pengagihan kerusi belum dibincangkan dengan Warisan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PH Sabah: Pengagihan kerusi belum dibincangkan dengan Warisan

Pengerusi PH Sabah Christina Liew menafikan formula 60:40 yang diumumkan timbalannya tetapi mengesahkan PH akan membenarkan Warisan mengetuai pertandingan di peringkat negeri.

christina-liew-mengundi-pwsKOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Christina Liew menafikan gabungan itu akan menawarkan 60% kerusi negeri seperti yang diumumkan timbalannya semalam.

Pada sidang media di ibu pejabat PKR Sabah hari ini, Liew berkata PH Sabah hanya bersetuju untuk membenarkan Warisan mengepalai pertandingan di peringkat negeri, bermakna kerusi yang ditandingi Warisan lebih banyak berbanding PH Sabah.

Bagaimanapun, soal pengagihan kerusi tidak dibincangkan di mesyuarat PH Sabah yang dipengerusikan Pengarah Pilihan Raya PH Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.

“Pengumuman memperuntukkan 60% kerusi negeri kepada Warisan dan 40% untuk PH Sabah dibuat oleh Stephen Wong atas kapasitinya sebagai pengerusi DAP Sabah dan tidak mewakili pendirian PH Sabah,” katanya.

Beliau berkata Muhyiddin di mesyuarat Selasa lepas menasihatkan pemimpin PH Sabah untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan parti pembangkang tempatan, terutamanya bersama Warisan, untuk menghadapi pilihan raya tidak lama lagi.

Tiada perbicangan tentang pengagihan kerusi kerana mesyuarat itu hanya untuk menentukan tahap kesiapsiagaan PH Sabah untuk pilihan raya itu, katanya.

Oleh itu, Liew berkata, beliau menulis surat rasmi kepada Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal, yang kini berada di Kuala Lumpur, untuk menyampaikan hasrat PH Sabah membentuk pakatn pilihan raya dengan partinya.

“Surat itu, yang juga dihantar kepada pemimpin Warisan lain, ditulis supaya kita boleh menjadualkan masa yang sesuai untuk bertemu dan merundingkan terma-terma pakatan itu.

“Dalam perbincangan pengagihan kerusi, setiap parti PH Sabah – PKR, DAP dan Amanah – akan duduk bersama Warisan, di mana selepas itu kita boleh bersama sebagai PH Sabah,” katanya, dan menambah pendekatan itu tidak akan mengambil masa yang lama.

Liew berkata sebarang formula tentang pengagihan kerusi akan ditentukan selepas bermesyuarat dengan semua parti dan bukan dirundingkan melalui media.

Beliau berkata ada kemungkinan Wong disalah petik oleh sesetengah media yang melaporkan keputusan mengagihkan kerusi 60:40 itu adalah muktamad dan seolah-olah Ahli Parlimen Sandakan itu memberikan kata dua kepada Warisan.

“Kami sudah menghantar surat rasmi kepada Warisan dan kami berharap perkara ini boleh diselesaikan secara baik,” katanya.

Pengerusi PKR Sabah itu berkata beliau bersetuju dengan Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking yang berkata pengagihan kerusi mesti mengambil kira faktor penting seperti personaliti calon.

Beliau memuji Leiking kerana bersetuju tentang kerjasama politik dengan PH untuk mendahulukan kepentingan Sabah.

“Kami menggesa pimpinan parti PH menghargai realiti politik berdasarkan perspektif Sabah mengikut Perjanjian Malaysia 1963 tanpa mengkompromikan kepentingan nasional.

“PKR Sabah menyertai satu pakatan pilihan raya dan akan menggunakan kuasa autonomi kami untuk menentukan pengagihan kerusi dengan Warisan,” katanya.

Mengulas situasi dalam PH Sabah sekarang, Liew berkata keadaan seperti biasa dan perbezaan pandangan perkara biasa dalam mana-mana kumpulan.

Beliau menggesa penyokong PH kekal fokus pada pilihan raya yang semakin dekat.

Mengulas isu 13 kerusi DUN baharu, Liew berkata ia akan menyalahi perlembagaan sekiranya kerusi-kerusi baharu itu tidak dipertandingkan pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata masih ada masa untuk mewartakan kerusi baharu itu kerana Parlimen akan bersidang pada Mac dan sesi itu boleh digunakan untuk meluluskan kerusi tambahan.

Sementara itu, Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin mengeluarkan kenyataan selepas sidang media Liew dan menyuarakan partinya tidak bersetuju dengan pandangan Liew.

Bagaimanapun, beliau berkata DAP Sabah tidak mahu meneruskan perkara itu dan akan menjalankan rundingan kerusi melalui saluran yang betul dan tertutup dengan pihak-pihak yang berkenaan.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber PH Sabah: Pengagihan kerusi belum dibincangkan dengan Warisan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E9WZqs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.