Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tengah Main Phone, Tiba2 Kena Tegur Dengan Kerani. Ingatkan Sebab Apa Tapi Rupa2nya… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tengah Main Phone, Tiba2 Kena Tegur Dengan Kerani. Ingatkan Sebab Apa Tapi Rupa2nya…

Tengah Main Phone, Tiba2 Kena Tegur Dengan Kerana. Ingatkan Sebab Apa Tapi Rupa2nya… | Saya Luv Islam – Tengah nak buat passport baru, seperti biasa main phone sebelum tiba-tiba ditegur oleh seorang kerani. Ingatkan sebab apa tapi rupa2nya… Allahu. Seperi diceritakan oleh FB Khairul Hakimin. Ikuti kisahnya.

DITEGUR KETIKA MAIN TELEFON

Itu hari masa nak buat passport baru, saya duduklah main telefon seorang diri.

Sedang asyik membaca posting kau orang di Facebook, saya ditegur seorang jejaka. Dia kata dia follow saya dah lama. Tak like sangat pun, share pun tak, baca ja.

Saya pun pandang dia dengan mata kecil. Kahkah. Dia tanya boleh ke sekiranya nak tanya pendapat?

Saya angguk dan jawab boleh.

KISAH KERANI YANG SELALU KENA MARAH

Ceritanya beliau ini seorang kerani di sebuah syarikat. Hidupnya selalu kena marah. Salah buat surat, kena. Salah taip, kena. Salah lambat jawab whatsapp pun kena.

Nak berhenti, sekarang dah susah nak cari kerja dekat dengan rumah. Berniaga tak pandai.

Jadi beliau minta saya beri sikit kata semangat. Cewah. Tiba-tiba saya rasa nak jawab macam DMFK. Haha.

NASIHAT KEPADA KERANI TERSEBUT

Pengalaman saya sendiri pernah kerja di kilang sekitar 10 tahun, masalah yang biasa dihadapi oleh para boses (yang ada degree, master bagai) mereka punya expectation terhadap kakitangan adalah setinggi sijil yang mereka ada.

Jadi, asal ada kakitangan yang lambat dan lembab, memang habis.

Hari ini, ramai ya ampun para orang atas ini adalah mereka yang bijak semasa belajar. Dan mereka ini punya stress, sama teruk kerana berhadapan dengan superior atasan yang lebih mementingkan hasil (result oriented).

Jadi, pakat semua stress dan mula nak luahkan kepada pekerja yang duk bawah seperti kerani, operator dan sebagainya.

Saya ingat lagi dulu waktu mesyuarat dengan top-top management ini, adalah seorang bos kecil yang duk mengadu keraninya slow, lembab, asal kena marah, pasti cuti.

CARA ORANG ATAS TANGANI KERANI

Bos besar itu selamba jawab “kalau dia itu kau expect kerja macam kau, dia taklah jadi kerani. Yang pentingnya, kau ajar dia macam mana dia boleh jadi kerani yang bagus.

Marah tak akan selesaikan masalah. Ada antara mereka ini sampai tak faham kena marah sebab apa. Kena tunjuk, ajar, susun satu-satu.

Kau ada degree bagai, takkan nak handle seorang kerani tak boleh?

Berdepan dengan orang atas, guna kepala. Berhadapan dengan orang bawah, guna kebaikan hati.”

Aku pun telan air liur. Oleh itu, apabila kita semua ditakdir jadi bos nanti, nak marah atas kesilapan kakitangan, kenalah datang dengan tunjuk ajar dan sama-sama bantu selesaikan mana yang mereka tak tahu.

Mereka pun manusia. Orang-orang yang buat kerja pengkeranian ini, cekapnya itu pada kemahiran, tak ajar, tak buat SOP, tak bantu dan duduk sama-sama selalu, mereka akan lupa.

Begitulah.

Sayangi belaka semua kakitangan ya. KONGSIKAN.

Sumber : Saya Luv Islam via FB Khairul Hakimin

The post Tengah Main Phone, Tiba2 Kena Tegur Dengan Kerani. Ingatkan Sebab Apa Tapi Rupa2nya… appeared first on SAYALUVISLAM.



✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2F6Z0D8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.