Peluang Terakhir Anda Terima Bantuan BR1M
Hari ini hari terakhir untuk anda yang layak mendaftar! (Gambar: coco01)
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mula diperkenalkan pada tahun 2012 selepas pembentangan bajet bagi tahun berkenaan.
BR1M dikatakan memanfaatkan 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dari seluruh Malaysia.
Ia adalah satu polisi pembayaran secara sekali kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah atau individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
Peserta di bawah program eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah akan turut menerima BR1M.
KETAHUI KATEGORI BANTUAN ANDA
Pada tahun ini, BR1M masih tetap diteruskan dan jumlah pemberian adalah seperti berikut.
Bagi Individu berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah, mereka akan menerima RM450 pada Februari ini.
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000, mereka akan menerima RM900 yang dibayar secara berperingkat iaitu pada Februari, Jun dan Ogos.
Bagi Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 pula, bayaran sebanyak RM1,200 akan diberikan pada mereka juga secara berperingkat pada Februari, Jun dan Ogos.
HARI TERAKHIR UNTUK DAFTAR PERMOHONAN
Bagaimanapun, pada anda yang layak dan masih belum berdaftar, hari ini merupakan hari terakhir.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa tempoh pendaftaran BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018.
Sehubungan itu, pada mereka yang masih belum memohon diminta berbuat demikian dengan segera di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara.
Bagi memudahkan anda yang layak menyemak permohonan BRIM, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan turut memperkenalkan Aplikasi Semakan BR1M yang boleh di buat menerusi Play Store untuk platform Android atau App Store untuk iOS.
Melalui aplikasi itu, anda boleh menyemak status penghantaran borang, permohonan BR1M, status bayaran dan status rayuan BR1M.
Ini sangat memudahkan anda yang tidak perlu lagi menghubungi talian BR1M atau beratur panjang di kaunter perkhidmatan.
Sumber Peluang Terakhir Anda Terima Bantuan BR1M
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DC7lP5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment