Hi! Welcome Back and Stay Tune! 15 Maut Pesawat Serang Pasar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

15 Maut Pesawat Serang Pasar



AMMAN : Sekurang-kurangnya 15 orang maut apabila sebuah pesawat disyaki sebagai pesawat perang Russia menyerang pasar yang sesak dengan pengunjung di Ariha, Syria.

Ia adalah serangan kedua dalam tempoh 24 jam membabitkan kawasan tumpuan orang ramai di bandar Idlib yang dikuasai pembangkang.

Menurut saksi, mereka melihat pesawat itu terbang tinggi, berbeza dengan pesawat usang milik tentera udara Syria.

Jabatan Pertahanan Awam yang dikendalikan puak pembangkang berkata, insiden berkenaan turut mencederakan 20 orang lain.

Rakaman video oleh aktivis tempatan menunjukkan kerosakan besar berlaku di lokasi kejadian, dengan beberapa bahagian anggota tubuh manusia dilihat bertaburan di merata tempat.

Penduduk tempatan berkata kejadian berkenaan berlaku pada waktu paling sibuk.

Kementerian Pertahanan Russia ketika dihubungi, menyatakan serangan itu disasarkan terhadap militan Islam, menafikan dakwaan saksi dan penduduk setempat bahawa pesawat perang negara itu sengaja menjadikan kawasan pasar, pusat perubatan serta kediaman penduduk sebagai sasaran.

Menurut petugas di Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk tempatan, berpuluh serangan telah dilancarkan ke atas pekan Khan Sheikhoun, Maarat al Numan, Saraqeb serta beberapa perkampungan lain sejak Ahad lalu. - Reuters



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EpZBAN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.