Mati Terkejut Rumah Panjang Terbakar
MARUDI: Sukar menerima hakikat tragedi menimpa rumah panjang Rh Langat, Nganga Majang dekat Tinjar musnah terbakar, seorang lelaki yang menghidap penyakit jantung rebah, pengsan dan terus meninggal dunia pagi tadi.
Mangsa berusia lewat 40-an iaitu penghuni rumah panjang berkenaan dilaporkan tidak dapat menerima kenyataan rumah milik 37 keluarga itu terbakar, sekali gus menyebabkannya terkejut dan meninggal dunia.
Penduduk yang juga ketua rumah panjang terbabit, Langat Anthony Colin berkata, kebakaran itu dikesan berlaku jam 8 pagi, membabitkan rumah panjang yang didiami 70 penduduk itu.
"Api merebak pantas memusnahkan kediaman kami, sehingga sukar untuk penduduk menyelamatkan harta benda. Punca kebakaran tidak diketahui," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia itu akan dikebumikan penduduk rumah panjang mengikut tradisi masyarakat itu dalam masa terdekat.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi ketika dihubungi mengesahkan kes itu dan berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu jam 9.40 pagi.
Beliau berkata, anggotanya sudah dihantar menggunakan perahu dari pekan Marudi ke rumah panjang itu.
Beliau berkata, jarak perjalanan rumah panjang itu dari pekan Marudi menggunakan laluan sungai mengambil masa sekitar dua jam. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EppYqw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

Post a Comment