Cacing 2.8 Meter Dalam Perut
Doktor sebuah hospital di Singapura, terkejut apabila menemui cacing pita sepanjang 2.8 meter dari usus seorang pesakit.
Cacing pita yang hidup dalam usus pesakit itu terlalu panjang sehingga menyamai satu setengah ketinggiannya.
Menurut laporan The Sunday Times semalam, bagi merakamkan imej cacing itu oleh Jabatan Mikrobiologi Hospital Umum Singapura (SGH), cacing berkenaan terpaksa dilipat 18 kali untuk memuatkannya dalam gambar.
Walaupun panjang, pesakit berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda parasit itu membesar dalam tubuhnya
“Pesakit cuma terkejut apabila cacing itu dikeluarkan melalui rektumnya,” kata pakar penyakit berjangkit, Profesor Hsu Li Yang.
Dia berkongsi kes pada 2016 itu dengan The Sunday Times apabila diminta memberikan contoh orang tempatan yang dijangkiti parasit seperti cacing kerana makan makanan laut yang dimasak mentah atau separuh masak.
Awal bulan ini, media Amerika Syarikat, termasuk Washington Post melaporkan seorang lelaki berusia 30 tahun yang memakan ikan mentah hampir setiap hari, mendapati cacing pita sepanjang 1.6 meter keluar dari punggungnya.
Menurut Profesor Hsu, cacing pita dewasa mempunyai kepala, leher dan rantaian segmen dipanggil proglottid.
Kepala cacing pita itu akan melekat pada dinding usus dan proglottid membesar serta menghasilkan telur.
Pesakit yang memperoleh cacing pita kebanyakannya memakan daging babi, lembu atau ikan separuh masak.
Jabatan Mikrobiologi SGH mengatakan, telur yang diperoleh dari segmen cacing pita sepanjang 2.8 meter itu, paling hampir menyerupai cacing pita ikan.
Menurut Profesor Hsu, pesakit dengan cacing pita ikan meningkat sejak beberapa tahun di negara itu, situasi sama berlaku di negara membangun lain di mana pengambilan ikan mentah semakin popular.-Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DKgQeT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment