Hi! Welcome Back and Stay Tune! AWAS MAKCIK BAWANG & KAK NAM! BAHAYA ASYIK TANYA ORANG BILA NAK KAHWIN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AWAS MAKCIK BAWANG & KAK NAM! BAHAYA ASYIK TANYA ORANG BILA NAK KAHWIN

AWAS MAKCIK BAWANG & KAK NAM! BAHAYA ASYIK TANYA ORANG BILA NAK KAHWIN.  Sapa pernah lalui situasi asyik di tanya bila nak kawen akan rasa sangat Annoying. Den pun antara salah seorang yang pernah melalui situasi tu walau den kahwin sebelum usia 30an.. Almaklum la anak rantauan kan. Asal balik kampung ada je nak tanya bila nak kawen bagai.

Rasanya budaya asyik dok tanya orang bila nak kawin ni masih belum pupus. Kau bagi la kesedaran macam mana pun.. Budaya membawang dengan jodoh orang macam jodoh tu kau boleh setting je jadi, Masih berleluasa dalam masyarakat kita. Tak tau bangsa lain.. ada tak budaya macam ni tapi orang melayu memang terkenal la dengan trend membawang dengan jodoh orang.

Bak kata arwah Ayah masa semua anak anak gadisnya masih anak dara. Jodoh ni Allah dah tetapkan.. Kalau masih tak ada.. Nak paksa macam mana. Sampai jodoh nanti ada la.. See.. Arwah Ayah den sangat positif pasal Jodoh ok. Memang sepanjang hayat dia.. tak pernah dia push mana2 anak dia kahwin even ada yang dah melepasi umur yang sepatutnya dah kawin.

Tapi boleh nampak betapa happynya arwah masa den nak kawen. Excited nya Tuhan je yang tahu. Dia plan macam macam untuk wedding & selepas Wedding tapi Allah tu lebih sayangkan Ayah.. 4 Hari sebelum saya akad nikah Ayah pergi menemui pencipta selepas selesai mengisi borang nikah saya. Rezeki Suami walau masa tu bukan lagi suami.. Sebab Arwah ayah suruh balik kampung dengan bakal suami masa tu. Suruh juga balik dua dua.. Aku pun pelik jugak la tapi tak terfikir rupanya itulah hari terakhir dia. Sepanjang perjalanan tu dia asyik call tanya kat mana.. Allahu.. Sebak hati ini..

Ok ok.. Back to the topic.. Pasal spesis yang suka membawang tanya jodoh orang ni. Hope hangpa jadikan benda ni pengajaan. Jangan sampai orang yang hangpa dok asyik tanya bila nak kawen tu jadi stress & tekanan yang melampau maybe boleh jadi sampai berbunuhan macam berlaku kat Indonesia ni. Ni sebab jiran bawang asyik dok tanya bila nak kawen. Jangan ingat soalan tu simple.. Penerimaan orang lain juga 'small matter'. Ada orang benda tu buat dia down ok! Yelah.. orang lain dah kawen, dia masih tak jumpa jumpa lagi orang yang sudi jadi pasangan hidup dia. Tengok orang lain bahagia.. Sedikit sebanyak bagi kesan dalam diri mereka. Rasa sedih, kecewa, rendah diri.. Kau apa tau! Asyik dok tanya bila nak kawen.. bila nak kawen.. Orang tu balik kerja penat penat nampak muka kau je soalan yang sama kau tanya.

Sumber Astro Awani

Saya sendiri ada 3 lagi adik beradik perempuan yang masih belum berkahwin walau umur memasing dah cukup syarat sah untuk nikah & saya sendiri pun jarang nak tanya depa bila nak kawen. Saya nampak depa enjoy ja dengan hidup depa.. Ok la tu. Walaupun orang orang lain  sibuk dok tanya depa bila nak kawen. Ada tu pernah satu hari di hari raya berkunjung rumah sedara.. Macam biasa dok tanya adik beradik saya yang belum kawen siap cakap..'Tunggu apa lagi? Tunggu tua dalam kain ka?' Amboi macam nak sound setepek kat yang tanya.. At least depa tak nikah pun depa tak menyusahkan orang. Tunggu je sampai jodoh tu ada.. Macam la tak kawen menjadi satu dosa besar sangat.

Jadi.. sila la ubah budaya menyibuk dengan jodoh orang. Kalau kesian tolongla carikan kalau orang tu tak ada calon. Kalau dia tak cukup duit kalau kau concern sangat dengan dia yang tak kawen kawen kau sponsor la.. Setakat dok tanya bila nak kawen kau ingat tiap patah perkataan kau tu keluar sekali dengan duit ke. Kalau rasa tak mampu nak tolong.. Sila Tolong tutup mulut sudah. Lantak dia la nak kawen ke tidak.. Selagi dia tak datang rumah hang senduk nasi dalam rice cooker hang, cedok lauk dalam kuali hang so dia tak menyusahkan hang la walau dia tak kawen pun.

Moral of the story.. Bukan tak boleh langsung nak usik2 orang dengan isu bila nak kawen ni tapi berpada pada. Lebih elok tukar soalan bila nak kawen dengan statement yang ada unsur mendoakan kebaikkan untuk dia contoh.. Acik doakan tak lama lagi sampai la jodoh kau nak. Sedap jugak orang dengar kan??

✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Fwc8lJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.