‘Remaja dituduh curi telefon guru sekarang mati otak’
GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak Tingkatan 2 yang menggantung dirinya selepas diaporkan dituduh mencuri telefon bimbit gurunya minggu lepas sekarang mati otak dan diberi sistem sokongan hidup, kata seorang aktivis hari ini.
Presiden Tamilar Kular Malaysia, David Marshel Pakianathan berkata, M Vasanthapirya, 13, mengalami kegagalan organ dan sedang menjalani rawatan rapi di Hospital Seberang Jaya.
“Doktor beritahu saya ginjal dan hatinya sudah gagal,” kata David, seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang membantu keluarga Vasanthapiriya, kepada FMT.
“Kami berdoa untuk suatu keajaiban, memohon dia selamat dan beritahu kami apa yang sedang dia lalui,” katanya.
Difahamkan polis dan jabatan pendidikan sedang menyiasat perkara itu.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli keluarga di Balai Polis Prai, Vasanthapiriya, seorang pelajar di SMK Methodist di Nibong Tebal, dipanggil untuk disoal siasat oleh 3 guru pada 2.00 petang Rabu lepas.
Salah seorang daripada mereka, seorang wanita berusia 40-an, menuduh dia mencuri telefon bimbit iPhone 6 miliknya, kata laporan itu.
Selepas remaja itu menafikan mencuri telefon bimbit, seorang lagi guru didakwa memukul belakang tubuhnya di hadapan pelajar-pelajar lain.
Remaja itu kemudian didakwa dikurung dalam sebuah bilik di kuarter pejabat guru selama 5 jam, tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas.
Pada 6.45 petang, suami guru yang hilang telefon bimbit itu tiba di sekolah. Pasangan itu mengancam akan membawanya ke polis kalau tidak mengaku mencuri, menurut laporan itu.
Mereka kemudian membawa Vasanthapiriya ke rumahnya yang terletak berdekatan untuk bertemu ibu bapanya. Remaja itu kemudian lari ke biliknya, sementara ibu bapanya dan penuduhnya keluar rumah untuk menyelesaikan perkara itu, menurut laporan itu.
Ketika itulah Vasanthapiriya cuba membunuh diri. Setibanya di rumah pada 8.20 malam, bapanya memecah pintu bilik apabila Vasanthapiriya tidak menyahut.
Dia didapati tidak sedarkan diri tetapi masih hidup, tergantung pada seledang yang diikat pada paip pendingin hawa, dan kakinya tersentuh pada lantai.
Ibu bapanya yang terkejut juga temui nota bunuh diri yang ditulis atas kertas dari buku latihan sekolahnya.
“Cikgu (nama dirahsiakan) saya tidak ambil telefon bimbit cikgu,” tulis Vasanthapiriya dalam Bahasa Tamil, bersama ucapan selamat tinggal kepada ibu bapa dan neneknya.
Ibu bapanya membawa dia ke Hospital Sungai Bakap untuk dirawat, dan dia kemudian dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya.
Kumpul RM70 untuk hari lahir guru
Sementara itu, seorang kawan rapat Vasanthapiriya mendakwa penuduh mungkin mengesyaki Vasanthapiriya selepas melihat rakaman CCTV yang memaparkan seseorang berambut panjang sepertinya di pejabat guru.
Kawan itu berkata guru itu semakin sangsi apabila remaja itu pergi ke pejabat untuk meletakkan buku latihan di mejanya
“Dia kumpul buku latihan dari kami dan dia secara sukarela mahu meletakkannya di meja guru. Jadi, saya rasa sebab itu guru mengesyaki Vasanthapiriya.
“Apa yang menghairankan ialah selepas semua itu guru itu nampaknya ada iPhone semula. Kami tak pasti sama ada dia sudah temui telefon bimbit itu atau beli telefon baru,” kata kawannya yang minta namanya dirahsiakan.
Kawannya itu juga berkata 2 hari sebelum kejadian, Vasanthapiriya mengumpul RM70 dari kawan-kawannya untuk mengadakan sambutan hari lahir untuk penuduhnya.
“Bapanya seorang tukang masak yang bagus. Jadi dia beri wang tu pada bapanya untuk masak lauk-pauk dan bawa ke sekolah untuk makan dan sambutan hari lahir di sekolah,” katanya.
FMT menghubungi Ketua Polis Pulau Pinang A Thaiveegan dan menunggu respon beliau
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2njLbdc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment