Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siasatan Terhadap DAP, PPBM Belum Selesai, Kata RoS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siasatan Terhadap DAP, PPBM Belum Selesai, Kata RoS


Sekalipun pilihan raya umum semakin hampir, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dilaporkan masih lagi melakukan siasatan terhadap PPBM dan DAP yang masih diteliti status pendaftarannya.

Menurut Ketua Pengarahnya Surayati Ibrahim kelulusan terhadap dua parti itu tergantung susulan terdapat banyak aduan yang diterima daripada pelbagai pihak.

Berikutan itu, pihaknya akan memanggil beberapa individu berkaitan bagi mendapatkan keterangan berhubung isu tersebut.

“Masih belum selesai siasatan PPBM dan DAP, aduan banyak. Memang ambil masa.

“Kita akan ambil keterangan daripada semua pihak berkenaan, ” katanya kepada BNBBC. My portal.

Bagaimanapun Surayati enggan mengulas lanjut proses siasatan berkenaan.

Ditanya sama ada kedua parti itu dibenarkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau berkata pihaknya perlu membuat siasatan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dikeluarkan.

“Tiada kepastian sebab siasatan masih berjalan, ” ujarnya.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik RoS yang didakwa sengaja melambatkan proses pendaftaran PPBM.

Ia menyebabkan ahli-ahli PPBM tidak mengetahui status kesahihan pimpinan kanan serta status parti.

Beberapa laporan aduan juga sudah dibuat oleh pemimpin Bahagian PPBM kepada RoS yang mempersoalkan status Perhimpunan Agung PPBM pada Disember lalu susulan tidak menjalankan mesyuarat peringkat bahagian dan cawangan.

Begitu juga dengan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dibuat semula pada Nov lalu, namun RoS dilaporkan masih menerima aduan yang meragui pemilihan berkenaan.

Mengulas lanjut berkenaan status PH yang juga belum diluluskan, Surayati berkata ia disebabkan isu berbangkit daripada parti yang belum disahkan pendaftarannya.

“Ada dua parti yang masih belum selesai isu dengan RoS

“Sebab masih ada isu berbangkit di dalam parti komponen yang menyertai PH dan sebab itu PH belum boleh diluluskan,” ujarnya lagi. - BNBCC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DOCfna

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.