MBM Lancar 'Perang' Hapus Anjing Liar
MIRI: Dalam mencegah penularan wabak rabies dan penyakit anjing gila di utara negeri ini, Majlis Bandaraya Miri (MBM) melancarkan 'perang' bagi membanteras anjing liar terutamanya di kawasan sekolah dan perumahan.
Memetik laporan Berita Harian Online, Datuk Bandar MBM, Adam Yii berkata, bagi mengekang penularan jangkitan wabak berkenaan khususnya di bandaraya Miri fokus utama pihak yang dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas terbabit adalah di kawasan halaman sekolah dan juga di kawasan-kawasan perumahan.
Menurutnya, langkah tersebut diambil adalah bagi menyekat penularan wabak rebies dan penyakit anjing gila ke utara Sarawak, selepas dikesan di Julau dekat Sibu baru-baru ini.
"Sekiranya diserang atau terkena gigitan anjing liar mereka harus mencuci luka dengan segera secara bersih bagi mengelak sebarang jangkitan rabies dan penyakit anjing gila," katanya.
Sehubungan itu, Adam menyeru pemilik haiwan peliharaan itu boleh mendapatkan rawatan suntikan vaksin virus rabies di pejabat veterinar dari jam 8.30 hingga 11.30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat dengan bayaran sebanyak RM25 untuk setiap ekor haiwan.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DKgKnx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment