Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3 Maut Helikopter Terhempas Atas Bumbung Rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3 Maut Helikopter Terhempas Atas Bumbung Rumah


LOS ANGELES: Tiga orang disahkan maut apabila sebuah helikopter yang digunakan untuk pelancongan dan latihan terhempas di atas sebuah rumah di selatan California.

Menurut saksi, mereka melihat kepulan asap apabila pesawat jenis Robinson 44 dengan empat tempat duduk itu menjunam ke atas bumbung sebuah rumah sebelum merempuh rumah lain di lokasi.

Seorang penduduk tempatan ketika diwawancara saluran berita ABC7 berkata, beliau mendengar bunyi seakan hujan lebat sebelum melihat seorang lelaki keluar dari pesawat dan beberapa anggota tubuh badan manusia bertaburan di lokasi.

"Saya meletakkan tangan di bahagian belakang helikopter itu dan berdoa untuk mereka kerana saya tahu, tidak ada mangsa yang terselamat," kata saksi wanita itu.

Katanya, penghuni beberapa rumah yang terbabit dalam nahas itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca kejadian masih belum diketahui namun Ketua Jabatan Bomba Newport Beach, Chip Duncan mengesahkan bahawa tiga orang maut manakala dua lagi dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Helikopter milik Revolution Aviation itu sudah beroperasi sejak era 1960-an sebagai pesawat latihan dan pelancongan. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DKgHYT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.