Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aceh Wajib Semua Pramugari Penerbangan Berhijab - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aceh Wajib Semua Pramugari Penerbangan Berhijab


JAKARTA – Semua pramugari mana-mana syarikat penerbangan yang mendarat di Banda Aceh, wajib memakai hijab sebaik sahaja berada di wilayah Aceh, atau bakal berdepan hukuman syariah.

Ketika ini, undang-undang Islam yang dikuatkuasakan sejak 2001, hanya mewajibkan semua wanita beragama Islam bertudung, sementara bukan Muslim pula perlu memakai pakaian agak sopan tanpa terlalu mencolok mata.

Bagaimanapun media tempatan melaporkan, Ketua Daerah Aceh Besar, Mawardy Ali mendedahkan terdapat kes pramugari enggan mematuhi peraturan tegas itu sepanjang berada di wilayah ini, walaupun bagi waktu singkat.

Keadaan itu memaksa pemerintah Aceh menguatkuasakan peraturan baharu tersebut sebaik pramugari memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, terletak kira-kira 13 kilometer dari tenggara ibu kota Aceh.

“Saya harap pihak syarikat penerbangan akan hormati keunikan yang dimiliki Aceh dalam melaksanakan undang-undang Syariah. Kami juga akan mengedarkan maklumat mengenai peraturan baharu ini kepada semua operator.

“Selepas itu, baharulah kita akan menyentuh mengenai bentuk hukuman yang akan dikenakan jika tetap berdegil melanggar peraturan itu. Jika pramugari tersebut beragama Islam, teguran akan diberikan terus kepada mereka.

“Namun jika kesalahan itu dilakukan secara berulang kali, saya akan arah pihak polis Syariah untuk menahannya,” kata Mawardy yang bakal mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat penerbangan sepanjang minggu ini.

Ia juga sesuai dengan imej patuh syariah terminal berkenaan yang pernah diiktiraf sebagai pengendali lapangan terbang terbaik dunia untuk pakej pengembara halal menerusi Anugerah Pelancongan Halal Antarabangsa 2016.

Lapangan terbang utama Aceh tersebut yang dahulunya dikenali sebagai Blangbintang, menerima pesawat dari tujuh operator udara iaitu Garuda Indonesia, Batik Air, Citilink, Lion Air, Susi Air serta AirAsia dan Firefly dari Malaysia.

Dibina pasukan tentera Jepun ketika pendudukan pada 1943, terminal itu hanya menghubungkan Aceh dengan 12 destinasi domestik dan antarabangsa antaranya Jeddah dan Madinah di Arab Saudi.

– Agensi/Mynewshub.cc


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DOPa8J

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.