Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Vaping' Boleh Menyebabkan Kanser, Sakit Jantung? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Vaping' Boleh Menyebabkan Kanser, Sakit Jantung?


KUALA LUMPUR: Benarkah vape atau e-rokok boleh menyebabkan kanser dan penyakit jantung?

Menurut kajian sekumpulan pakar yang mengkaji kesan e-rokok terhadap tikus dan sel manusia, nikotin yang disedut daripada e-rokok boleh bertukar menjadi kimia yang boleh merosakkan DNA pada jantung, paru-paru, pundi kencing dan melambatkan mekanisme pembaikan genetik badan.

Moon-Shong Tang, profesor perubatan alam sekitar di Universiti New York (NYU) telah melakukan kajian dengan mendedahkan tikus berkenaan kepada wap e-rokok selama tiga jam sehari, lima hari seminggu selama tiga bulan.

Selepas tiga bulan, Tang mendapati terdapat kerosakan DNA pada hati, paru-paru dan pundi kencing tikus berkenaan selepas terdedah kepada wap daripada e-rokok.

Tang juga mendapati sel pada paru-paru dan pundi kencing manusia yang terdedah kepada nikotin akan mudah pecah, seterusnya menyebabkan tumor.

Namun begitu, terdapat beberapa penyelidik yang membuat kritikan dengan menganggap kajian tersebut tidak relevan terhadap manusia.

"Kajian ini tidak menunjukkan apa-apa berkenaan bahayanya perbuatan vaping. Ia langsung tidak menunjukkan vaping boleh menyebabkan kanser," kata Peter Hajek, pengarah Unit Penyelidikan Tembakau di Universiti Queen Mary, London.

Asap tembakau mempunyai beratus-ratus bahan kimia dan hanya 70 yang diketahui boleh menyebabkan kanser kepada seseorang manakala wap daripada e-rokok mengandungi jumlah bahan kimia yang jauh lebih sedikit.

Menurut Jasmine Just daripada Kajian Kanser United Kingdom, "Bukti yang diperoleh setakat ini menunjukkan e-rokok adalah kurang berbahaya daripada rokok."

"Walaupun kajian kesan vaping dilakukan pada seekor tikus, namun kesan yang sama mungkin boleh terjadi kepada manusia," tegasnya lagi. - Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Er8ZUS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.