“Jangan malukan mereka” – Ini pesan kepada butik kahwin perlekeh pengantin minta pelamin Yuna RM200
Isu hangat diperkatakan sejak Jumaat adalah keindahan pelamin Yuna dan Adam yang dikatakan lari dari yang lain serta seperti di kayangan! Ramai yang teringin pelamin serupa untuk hari bahagia mereka sehingga siap survey dengan pereka pelamin berkenaan lagi.
Pendedahan seorang perancang perkahwinan mengenai bakal pengantin yang meminta pelamin seperti Yuna dengan bajet RM150 menjadi bahan gelak netizen. Namun luahan seorang wanita di Twitter mengenai isu ini ada benarnya juga.
Bagi sesetengah orang, RM200 tu kemewahan
Seorang pengguna Twitter, Jasmin Hassan berkata, mereka yang menggelakkan pihak yang berhajat pelamin seakan Yuna di bawah bajet RM500 harus faham, tidak semua orang tahu akan kos sebenar hiasan sebegitu.
Katanya, baguslah jika ramai yang tahu, namun adalah lebih baik berkata dengan sopan tentang kos sebenar. Bagi sesetengah orang, nilai RM200 dilihat sebagai jumlah yang besar dan kemewahan. Tidak salah untuk menjelaskan kos dengan sopan dan baik.
Nyatakan harga dan biar mereka putuskan
Katanya lagi, seorang pereka pernah ditanya tentang harga dikenakan untuk menyediakan pelamin dan menjawab dengan jawapan agak kasar dan kurang enak didengar. Jasmin mencadangkan pihak penyedia perkhidmatan meletakkan harga dan membiarkan pelanggan untuk membuat keputusan sendiri.
Bakal pelanggan perlu dihormati
Ujarnya lagi, mereka yang menyediakan apa jua perkhidmatan perlu menghormati pelanggan atau bakal pelanggan mereka. Penjelasan ringkas adalah lebih manis berbanding memalukan mereka di alam maya.
Jadi profesional
Selain itu, mereka yang terlibat juga sepatutnya memecahkan kos berkenaan mengikut kategori dan harganya. Jika boleh, tawarkan alternatif lain yang dalam lingkungan bajet pelanggan. Jadi profesional, layan pelanggan dengan baik dan jujur, kerana tiada apa pun yang merugikan dengan layanan sebegitu.
Sumber: Jasmin Hassan
Via: Oh Bulan
Sumber “Jangan malukan mereka” – Ini pesan kepada butik kahwin perlekeh pengantin minta pelamin Yuna RM200
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E1Htzq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment